Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Monday, August 27, 2012

"Jika UMNO ikhlas laksana Islam, PAS wajib menyokong." -Presiden PAS




Petikan tulisan DS TG Abdul Hadi Awang (Presiden PAS)

"Perlu juga kita ingat, bahawa UMNO adalah parti paling besar menguasai Kerajaan Negeri dan Pusat serta memimpin Barisan Nasional kerana berjaya memujuk bangsa Melayu Islam mengundinya setiap kali pilihan raya umum. Kerajaan UMNO-BN ini mempunyai kuasa Negeri dan Pusat berlipat kali ganda lebih daripada PAS. Mereka berkuasa ke atas Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), JAKIM, Majlis Fatwa Kebangsaan, Jabatan Agama di banyak negeri dan Pusat Pengajian Tinggi berbagai bidang. Hingga kini UMNO turut juga mempunyai mantan pemimpin PAS yang tidak sabar bersama PAS kerana terlalu lambat mendapat kuasa di peringkat pusat, lalu bergayut dengan UMNO yang lebih banyak kuasanya di peringkat negeri dan pusat walaupun mereka tetap tidak melaksanakan tuntutan Islam ini. Hakikatnya ialah UMNO wajib meletakkan pelaksanaan syariat Islam seperti hudud ini di atas kepala dan bahu mereka, bukannya disepitkan di bawah ketiak untuk hanya dipergunakan bila melawan PAS atau untuk mendapat undi pilihan raya semata-mata.


"Setelah lebih 50 tahun diberikan kuasa, maka UMNO wajiblah mempengaruhi rakannya dalam BN bagi melaksanakan syariat Islam dan seluruh hukum Islam yang diperintahkan oleh Allah SWT. PAS pula tentulah wajib menyokong segala usaha melaksanakan hukum Allah, termasuklah melaksanakan perubahan menyeluruh terhadap sistem ekonomi dan keadilan dalam masyarakat, membenteras rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya daripada semua pihak. Maka berdosalah PAS kalau tidak menyokong dan menolong jika ada usaha ikhlas dan langkah daripada UMNO atau mana-mana pihak yang benar-benar menegakkan hukum Islam. Malangnya hingga kini tidak ada tanda dan alamat ke arah itu. Bahkan, seorang Perdana Menteri dari kalangan pimpinan tertinggi UMNOlah yang menghantar surat rasmi kepada Kerajaan PAS Kelantan suatu masa dahulu untuk diambil tindakan sekiranya kerajaan Kelantan berkeras ingin melaksanakan hukum Islam ini."

Warta Darul Aman

Arkib