Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Wednesday, August 29, 2012

Ini dia soalan cepumas yang sekog pun ulamak UMNO takleh nak jawab!!!



Oleh TOK SENAPI

Berkatalah otai besaq UMNO yang mengisytiharkan BN sebagai Parti Setan baru-baru ini, Mahathir bin Md Iskandar bahawa, “Saya tidak tolak hudud tapi saya tolak hudud PAS.” Katanya lagi, hudud PAS tak adil.


Ucapan ini bukan kali pertama TS dengaq tapi dah berkali-kalai sejak dia jadi PM lagi. Apabila ditanya wartawan, tang mana yang kata hudud PAS tu tak adil? Maka jawab Mahathir, kalau orang Islam mencuri kena potong tangan, orang kapiaq mencuri kena penjara atau denda. Adil bagi Mahathir, kalau dah mencuri dua-dua tu (Muslim dan kafirin) kena potong tanganlah.

Kalau macam tu penilaian mengenai konsep ‘adil’ Mahathir Md Iskandar, maka banyaklah perkara yang Allah tentukan dalam dunia ini ‘tak adil’. Muslim kena solat, kafirin tak payah, waktu Muslim solat kafirin dok relax tengok tv. Muslim kena posa, kafirin tak payah. Waktu Muslim posa, kafirin enak-enak jamah makanan. Haktu rupanya penilaian ‘keadilan’ menurut fikrah UMNO.

TS nak tambah lagi... kat akhirat esok Muslim yang beriman masuk syurga, puak-puak kapiaq masuk neraka. Mahathir nak kata apa? Takkan dia nak tepuk dai, ihh tak adil sungguh... ada yang masuk syurga ada yang masuk neraka... Adakah maksud keadilan UMNO ialah dua-dua pihak (mungkin MCA dan UMNO) pakat dok sekali dalam kawah kat akhirat esok??? (ni soalan bukan tuduhan)

TS rasa macam tak guna nak nasihat otai besaq UMNO tu, cuma nak nasihat orang bawah2 UMNO... nak habag bagi hukum Allah itu adalah teramat adil. Umat Islam yang terhukum, bertaubat maka dosanya akan terhapus dengan hukuman tersebut. Maknanya kat akhirat esok dah tak kena. Manakala bukan Muslim pulak... kalau tak dihukum mengikut hudud pun tapi hukum ikut Penal Code, kat akhirat esok depa tetap masuk neraka lantaran kekufurannya.

Ada satu soalan cepumas yang telah ditanya kepada Mahathir dan UMNO sejak 22 tahun lalu sampai laa ni tak jawab-jawab ialah....

“Kalau hudud yang PAS buat tu tak betoi, mana dia draf hudud UMNO yang betoi tuu?”.

Sekog pun ulamak ulamak takleh jawab soalan ni...

Warta Darul Aman

Arkib