Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Tuesday, May 8, 2012

10 ribu jentera pilihanraya PAS Kedah akan berhimpun di Stadium Mini Guar Chempedak 12 Mei


Alor Setar - Kira-kira 10 ribu petugas pilihanraya PAS Kedah dijangka akan berhimpun di Stadium Mini Guar Chempedak pada 12 Mei 2012 ini.

Menurut Setiausaha Perhubungan PAS Kedah, Ustaz Musodak Ahmad, program yang dinamakan Himpunan Jentera Pilihanraya PAS Kedah itu mengundang semua petugas pilihanraya bermula dari peringkat Unit Peti Undi (UPU), Majlis Tindakan DUN (MTD), Kawasan dan Dewan-dewan di semua peringkat.

"Program ini boleh dianggap sebagai himpunan pembakar semangat dan penyampaian amanat yang terbesar  di kalangan petugas pilihanraya PAS, mungkin juga menjadi himpunan terakhir petugas sebelum Pilihanraya Umum ke 13 yang dijangkakan berlaku dalam tempoh terdekat," ujarnya.

Beliau memberitahu, antara pemimpin utama yang akan menyampaikan ucapan ialah dua Naib Presiden PAS iaitu YB. Salahudin Ayob dan YB. Dato' Mahfuz Omar dan Pesuruhjaya PAS Kedah Dato' Seri Di-Raja Ustaz Azizan Abdul Razak. Sebelum itu keempat-empat ketua Dewan peringkat negeri (DPPNK, DMPNK, DUPNK, DHPPNK) akan turut berucap.

Undangan untuk semua petugas pilihanraya terbabit telah dibuat melalui Setiausaha PAS kawasan. Musodak menasihatkan supaya semua yang terbabit datang lebih awal, bermula jam 5 petang. Jamuan akan disediakan bermula jam lima petang dan berakhir jam 7 malam sahaja.

"Selepas solat Maghrib, kita akan adakan solat Hajat yang dijangka akan diimamkan oleh Tuan Guru Haji Salleh Musa. Semua peserta dinasihatkan supaya membawa alas duduk atau hamparan kerana kita akan bersolat di atas padang," katanya.

Program seterusnya akan bermula selepas solat Isyak dan dijangka berakhir pada jam 12.00 malam. Menurutnya lagi, selain dari ceramah, antara pengisian program juga ialah majlis bacaan ikrar dan penyerahan panji-panji perjuangan kepada semua kawasan dan Dewan.

"Semua peserta diminta datang di sebelah petang atau sebelum Maghrib supaya semua peserta dapat mengambil bahagian dalam semua aturcara yang dirancang serta dapat mengelak keadaan kelam kabut," ujarnya.

Warta Darul Aman

Arkib