Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Thursday, May 3, 2012

Pelakon Azmin lupa cukur misai... kah kah kah

Sejak Bila Azmin Ali Pasang Misai?






Sebahagian petikan tulisan daripada blog MSO Merah Tinta;


Laporan ini (fitnah) adalah kerja cemar dan kotor mereka dari kalangan anak cucu Firaun, Abu Lahad dan Abu Jahal. Kali ini digambarkan Azmin berfoya-foya dengan seorang gadis di dalam jamban tahi. Nampaknya pemiftnah ini sudah kehabisan sampai sanggup masuk melakukan adigen itu sampai ke jamban. Semua orang boleh nilai sejauh mana cerdik atau bersihnya orang yang melakonkannya.
Beberapa keping gambar memaparkan ‘wajah’ Azmin. Tetapi malangnya gambar itu dalam bentuk mering (kabur) dan tidak menjelaskan muka sebenarnya.

Kalau gambar lelaki itu Azmin kenapa ianya tidak memaparkan muka secara jelas, kenapa harus dimiring dan dikaburkan. Taktik ini taktik lama yang kambing tiada akal pun sukar untuk mempercayai, apa lagi orang yang waras dan bermoral akan menolaknya.

Cara Bikin Gambar Fitnah!!

Persoalan pertama, betul apa yang dikatakan oleh MSO, kenapa dikaburkan gambar tersebut!! Tujuannya adalah kerana nak memfitnah!! Caranya;
Cari seseorang yang mirip kepada Azmin. Make up biar serupa wajah Azmin.

Cari gambar-gambar sebelum ini untuk memadankan warna baju yang dipakai Azmin sebelumnya.

Cari baju yang bersesuaian. Gayakan lagak Azmin.

Pasang CCTV di tempat-tempat tertentu. Lakukan aksi dengan mengaburkan kejelasan gambar!!

Siap!! Dalam politik semuanya boleh diatur asalkan duit!!

Pssst: Lama saya merenung gambar ‘Azmin’ terutamanya gambarnya di Kosmo. Gambar blog asal juga diperhatikan. Saya nampak ‘Azmin’ dah ada misai [gambar kanan bawah]. Lain daripada gambar-gambar Azmin sebelum ini yang tak pernah bermisai!! -ekeleh.com


Demi politik, Umno halalkan laporan lucah


KUALA LUMPUR: Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Umno sudah sangat terdesak sehingga sanggup 'menghalalkan' laporan lucah di akhbar milik mereka.


Beliau merujuk kepada laporan muka depan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini yang menyiarkan gambar aksi lucah didakwa memaparkan seorang lelaki mirip Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.


"Kenapa isu-isu seperti ini yang diangkat untuk mendapat keuntungan politik?


"Saya lihat Umno sudah sangat terdesak sehingga tindakan menyiarkan gambar-gambar seperti ini pun sudah menjadi 'halal'," katanya di Facebook.


Selain Utusan, beberapa media lain turut melakukan perkara sama dengan menyiarkan beberapa keping gambar berunsur lucah itu di muka depan.


Ianya turut disiarkan dalam laporan berita televisyen yang dikawal Umno.


Sambil mengutuk keras tindakan itu, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata pemberitaan cara akhbar Umno itu hanya akan meruntuhkan akhlak orang muda.


Keterangan untuk gambar disiarkan di muka depan itu antara lainnya disebut akhbar milik Umno itu sebagai "aksi panas dengan seorang wanita di dalam tandas."


Laporan itu juga menyebut, gambar berkenaan merupakan sebahagian daripada sejumlah foto yang dikutip daripada blog pro-Umno .


"Apa yang mereka lakukan ini menjerumuskan generasi muda kepada keruntuhan akhlak dan budaya seks songsang," katanya lagi. -HD

Ulasan GB


Ya, nampak macam lelaki yang dipaparkan itu ada menyimpan misai sedang semua orang tahu, Azmin sentiasa mencukur misainya. Apa-apa pun kita mungkin kena tunggu "video versi hd" yang dikatakan akan disebarkan untuk mempastikannya.


Namun yang ketara sekarang ini ialah gambar-gambar yang dikatakan cekupan dari video yang hendak disebarkan itu ialah "ketiadaan tarikh". Mungkin pihak produksi sudah belajar dari kesilapan semasa mengeluarkan video seks Anwar dimana kewujudan tarikh di rakaman cctv itu telah menyebabkan video berkenaan gagal sebelum sempat masuk pawagam lagi.


Terbaru, Umi Hafilda menyatakan 99.99% gambar itu ialah gambar Azmin, sama macam kenyataan seorang peguam pencacai semasa video Anwar apabila menyatakan laporan dari "pakar luarnegara" menyatakan 99% sama dengan Anwar.


Kita akan terus berdoa!
اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتناب
Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,


wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).
Kita juga ingin mengingat keapda semua pihak yang terlibat di dalam "konspirasi" ini bahawa Allah sudah berfirman:



Sambil bersikap sombong di bumi dan berusaha merancangkan rencana jahat, dan tidak ditimpakan dengan rancangan yang jahat itu melainkan orang yang merancangkannya sendiri. Maka tiada yang mereka tunggu melainkan seperti berlakunya kebinasaan ke atas orang yang telah lalu. Kerana engkau tidak akan mendapati perubahan bagi Sunnatullah, dan engkau tidak akan mendapati Sunnatullah itu menyimpang. [Fatir: 43]

Warta Darul Aman

Arkib