Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Monday, May 7, 2012

Nak guling kerajaan dengan garam..air mineral dan tuala tangan..?

Oleh : PUTERI BULAN


Hah....himpunan bersih 3.0 nak gulingkan kerajaan..? tersedak Puteri bila seorang kawan Puteri tiba-tiba telefon Puteri menceritakan sekian rupa....hai..entahlah.....

Arakian..Puteri pun tunggulah Berita Inggeris TV3 suku jam 12 tengah malam...Wah...bukan main melenting Pak Najib ...berantak-rantak...terpekik-pekik marahkan himpunan bersih 3.0....cubaan pembangkang nak gulingkan kerajaan...

Wah..wah..wah...statement bahaya tu Pak Najib..mau kang naik semangat orang-orang muda tu kan......tak merasa kau dok Putra Jaya.....

Kenapa Pak Najib takut sangat..? kenapa tidak mengambil tindakan himpunan tu secara rasional dan belajar menerima " kutukan" rakyat atas kesilapan pentadbiran diri sendiri.

Sudahlah himpunan aman dituduh ganas...diprovokasikan dengan cerita gila-gila yang meloyakan telinga.....dihentam, disepak, diterajang semau-maunya tanpa belas kasihan...di tembak gas pemedih mata umpama menghalau segerombolan lembu-lembu ganas merosakkan tanaman...

Apakah hanya berbekalkan air mineral, garam dan sehelai tuala dah cukup sebagai senjata untuk menggulingkan kerajaan,,,? apa pulak dengan pasukan keselamatan negara yang bersedia dengan gas pemedih mata..pancutan air, senjata api..dan sebagainya..tak ke bodoh pemikiran seorang Pak Menteri menuduh dan melabelkan ianya sebagai cubaan nak menggulingkan kerajaan..

Puteri rasa Pak Najib dah meroyan..mengingau...cakap pun dah merapu...takut pada bayang-bayang...
dah laa lakonan pihak polis dapat dikesan dan ada pulak pengakuan dari manusia yang beranggapan dirinya cerdik tapi sebenarnya bodoh...

Pak Najib..dunia ni luas..bukan untuk kau saja....kau ingat apa yang kau buat boleh tipu semua orang...
Rasanya banyangan marcos dan emelda dah semakin membayangi  Pak Najib dan Mak Semah...........

Puteri : tipu manusia bolehlah...nak tipu Allah..tunggu..!..

Warta Darul Aman

Arkib