Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Monday, May 7, 2012

Jawatankuasa Fatwa patut bincang isu tuntutan Bersih 3.0



Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib berkata Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan seharusnya menumpukan kepada isu pilihan raya dalam tuntutan BERSIH dan bukannya berhubung perhimpunan.

Beliau memberi alasan, perkara itulah yang menjadi sebab berlakunya demonstrasi seperti pada 28 April lalu.

"Demonstrasi menyatakan pandangan adalah berasaskan kepada kewajipan amar makruf nahi mungkar yang dituntut oleh Islam.

"Demonstrasi BERSIH 3.0 bertujuan menuntut lapan perkara melibatkan penambahbaikan pilihanraya negara yang dilihat pincang.

"Tanpa sebarang provokosi daripada pihak tertentu demonstrasi aman tidak akan mencetuskan huru-hara," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas keputusan jawatankuasa itu semalam bahawa umat Islam haram menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang mencetus huru-hara.

Dalam kenyataan sama, setiausaha dewan tersebut Dr Khairuddin Aman Razali pula meminta supaya jawatankuasa itu turut mengeluarkan pandangan terhadap isu pengurusan kewangan negara, amalan rasuah dan juga isu pemberian kewarganegaraan kepada warga asing.

Selain itu, jawatankuasa itu juga harus menumpukan ke atas isu rasuah pilihan raya dan juga penggunaan sumber kerajaan dalam kempen pilihan raya.
"Dengan itu, (barulah) Jawatankuasa Fatwa akan dilihat berwibawa dan tidak menjadi alat pemerintah semata-mata, malah menjadi suara amar makruf nahi mungkar mewakili rakyat," katanya.

Warta Darul Aman

Arkib