Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Thursday, May 3, 2012

Akta Himpunan Aman 2011 untuk membelasah rakyat???





KUALA LUMPUR: Insiden keganasan polis di dalam perhimpunan aman Bersih 3.0 Sabtu lalu akhirnya merealisasikan apa yang terkandung dalam Akta Himpunan Aman 2011.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, apa yang berlaku dalam Himpunan Bersih 3.0 lalu membuktikan akta itu tidak memberi jaminan terhadap keselamatan awam.

"Hakikatnya, roh dan semangat keganasan polis dijelmakan dalam Akta Himpunan Aman itu," katanya kepada Harakahdaily.

Bahkan, katanya keganasan polis pada Bersih 3.0 ini berkali ganda daripada apa yang telah ditunjukkan dalam perhimpunan Bersih sebelum ini.

"Adalah sangat tepat tindakan kita sebelum ini, apabila kita lawan habis habisan terhadap pelaksanaan akta ini," kata Salahudin.

Katanya, apa yang berlaku di dalam himpunan itu cukup menyedihkan apabila keselamatan orang awam tidak lagi dilindungi sebaliknya orang awam menjadi mangsa kerakusan pihak polis.

"Di mana hak dan jaminan orang awam? Bukankah kerajaan memberi jaminan mengatakan orang awam akan dilindungi dalam akta itu. Tetapi sebaliknya pula terjadi dalam Bersih 3.0," katanya.

Justeru, katanya Akta Himpunan Aman yang kononnya mahu menjaga keamanan awam akhirnya memberi kredit kepada polis untuk bertindak.

"Ianya sekadar bersifat kosmetik sebaliknya pengisian itu tidak menyebelahi awam," katanya.

November 2011, kerajaan membentangkan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 bagi memberi hak kepada rakyat untuk menganjur dan menyertai perhimpunan secara aman tanpa senjata.

Akta ini juga memberi kuasa kepada polis untuk mengeluarkan arahan bersurai menggunakan kekerasan yang munasabah sekiranya sesuatu perhimpunan itu menyalahi peraturan.

Akta baru itu turut dengan tegas menyatakan seseorang penganjur akan didapati bersalah sekiranya menganjurkan perhimpunan di mana-mana kawasan larangan dalam jarak 50 meter had tempat larangan.



- Posted using BlogPress from my iPad

Warta Darul Aman

Arkib