Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Sunday, April 22, 2012

PAS Kedah tidak sedia elaun untuk ke Bersih 3.0





Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kedah, Sdr. Musodak Ahmad menjelaskan bahawa PAS Kedah tidak pernah menyediakan apa-apa elaun untuk rakyat negeri ini menyertai Bersoh di Kuala Lumpur 28 April 2012 ini.

Kenyataan tersebut dikeluarkan ekoran tersebarnya SMS dalam pelbagai versi kononnya PAS Kedah sedia menyumbang 'duit tambang' untuk peserta Bersih 3.0 yang membuat permohonan.

"PAS Kedah menyeru rakyat negeri ini hadir beramai-ramai ke Dataran Merdeka Sabtu ini tetapi seperti biasa menjadi tradisi dalam PAS ahli-ahli dan penyokong akan berkorban mengeluarkan duit poket sendiri untuk menyertai program seperti ini.

"Sejak dahulu, PAS tidak pernah ajar ahli-ahli dengan menghulurkan duit atau biayaan untuk meramaikan apa-apa program. Kita berbeza dengan Umno dalam perkara ini (hulur wang), itu kekuatan ahli-ahli PAS," tegas Musodak.

Jadi, katanya, dakwaan seperti yang terkandung dalam SMS seperti yang disebarkan itu adalah tidak benar sama sekali. Besar kemungkinan ia disebarkan oleh pihak musuh PAS.


- Posted using BlogPress from my iPad

Warta Darul Aman

Arkib