Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Wednesday, April 18, 2012

BN tinggai utang, kerajaan PR setel dalam masa 4 tahun...

Kerajaan ada kemampuan bayar hutang kampus induk KUIN

Oleh: MUSLIM ABDUL RAZAK

ALOR SETAR – Kolej Universiti Insaniah (KUIN) tidak mempunyai sebarang masalah untuk membayar hutang pembinaan kampus baru Kuala Ketil kerana kerajaan negeri mempunyai banyak peruntukan yang boleh digunakan untuk membayar hutang tersebut.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Diraja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, pada hujung tahun 2012 ini, hutang kerajaan negeri kepada kerajaan pusat yang telah digunakan untuk membina bangunan tambahan Wisma Darul Aman sebanyak RM25 juta setahun akan habis dibayar.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan daripada ADUN Kuala Ketil, YB Md Zuki Yusof mengenai cara yang akan digunakan oleh kerajaan negeri untuk membayar hutang kampus baru KUIN Kuala Ketil, semasa sidang DUN yang ke dua belas di Wisma Darul Aman.

“Oleh itu, peruntukan sebanyak RM25 juta ini boleh digunakan untuk membayar hutang KUIN kepada kepada bank sebanyak RM44.8 juta setahun dan bakinya sebanyak RM19.8 juta akan dibayar menggunakan sumber-sumber kerajaan yang lain.

“Kerajaan negeri akan bayar hutang tersebut, manakala kos penyelenggaraan dan pengurusan akan ditanggung oleh KUIN sendiri,” jelasnya.

Menurutnya lagi, bangunan KUIN Kuala Ketil sudah hampir siap dibina dan ianya melibatkan kos sebanyak RM330 juta di atas tanah seluas 300 ekar daripada 800 ekar keluasan keseluruhan. Kerajaan negeri perlu membayar sebanyak RM44.8 juta setahun, selama 15 tahun.

Selain itu, ramai rakyat Kedah yang belajar di tempat lain, maka sekarang kerajaan negeri mahu orang dari tempat lain pula datang belajar di Kedah dan pihaknya juga mahu menjadikan Kuala Ketil seperti Bandar Baru Bangi.

Warta Darul Aman

Arkib