Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Sunday, April 22, 2012

Blogger BN mula resah isu PTPTN

(Petikan dari blog pro BN Mummy Rokiah) Isu PTPTN akan mengugat undi BN Menyentuh isu desakan segelintir mereka yang menuntut untuk memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) seharusnya ditangani dengan cermat oleh Kerajaan. Baik apa juga perdebatan, alasan, penjelasan dan tindakan hakikatnya isu ini sedang membenih di kalangan mahasiswa, generasi pelapis, golongan muda dan tidak mudah dilenyapkan tanpa kebijaksanaan Kementerian Pengajian Tinggi yang Menterinya Khalid Nordeen.
Isu ini bakal menjejaskan PRU13 khasnya dikalangan pengundi muda bekas pelajar dan yang masih belajar. Ramai pelajar yang kantoi di lapangan terbang untuk keluar Negara kerana di‘black list’ oleh PTPTN akan mula bangkit memperjuangkan isu ini. Malah terdapat juga ketidakpuasan mereka yang telah menjelaskan bayaran tetapi masih tidak dibuang nama mereka dalam senarai hitam PTPTN. Kelemahan-kelemahan ini jelas menampakkan kelemahan pengurusan PTPTN. Insiden yang terbaru pula ialah apabila Khaleed Nordin begitu cepat melatah dan membengis tak tentu pasal mencabar peminjam-peminjam PTPTN dan kelihatan seolah-olah Kementeriannya menutup terus ruang untuk mendengar keluhan mereka ini. Ramai yang berpendapat Kerajaan perlu menimbang untuk memberi pelajaran percuma bagi pengajian peringkat Diploma dan Ijazah pertama manakala pinjaman hanya dikenakan kepada pengajian lanjutan peringkat Master, PHD dan seterusnya. Ini memandangkan pasaran kerja yang semakin sengit dan terdapat dikalangan peminjam PTPTN yang berkerja menggunakan sijil SPM dan STPM dan pendapatan dari gaji mereka terpaksa digunakan untuk membayar PTPTN.

Warta Darul Aman

Arkib