Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Thursday, February 9, 2012

Tak guna sekadar berselawat... kalau ajaran baginda tolak ketepi..

Oleh : PUTERI BULAN


"Ya Nabi Salam Alaika...Ya Rasul Salam Alaika...Ya Habib Salam Alaika..dan seterusnya terus bergema bila sahaja sampai tarikh kelahiran Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW.

Semua pelusuk tidak kira dimana sahaja..bergema memuji-muji baginda...sebagai tanda menyayangi baginda...
Ada yang sanggup infakkan duit ringgit mengadakan jamuan..bersedekah dan sebagainya demi mencari redha Allah dan syafaat baginda...baguslah Puteri sangat berbesar hati...tapi yang aneh dan ajaibnya..setengah tu..hanya berselawat..memuji baginda tapi dalam masa yang sama tidak mengakui sunnah serta ajaran baginda.

Serban merupakan pakaian sunnah tapi kalau kita semua masih ingat...sedikit masa dulu..ada seorang pelajar telah diambil tindakan kerana memakai serban ke sekolah...makan menggunakan talam juga sunnah tapi sering dianggap kurang sesuai dan yang paling teruk...ada yang kata tak berselera pasai dok berlaga tangan hang aku..
Orang yang memakai jubah..mengekalkan janggut..selalu sahaja ditohmah serta dilabelkan sebagai pengganas..cuma kita tengok dalam filem-filem atau drama-drama..asalkan watak memakai serban, jubah, berjanggut, bercelak...hah...mestilah penganut ajaran sesat...pelampau agama dan digambarkan mempunyai akhlak yang buruk dan tidak disukai orang.

Jadi buat apa jadi haipokrit....mendayu-mendayu berselawat..tapi ajaran baginda? pakaian pun sudah menjadi satu penghinaan..


Satu puak ni lagi...yang Puteri nak sebut...dok tak dok..tak semena-mena bersemangat sangat nak sambut Maulidurasul di Madrasah Salihiah...semangat betoi Pak Beraim kita sanggup dari kelantan ke Kedah nak raikan bersama-sama. Kenapa...tak cukup tempat dah ke di Kelantan tu...Pak Beraim..?

Tapi eloklah..untuk masa-masa akan datang tentu lebih ramai lagi yang boleh hadir kerana surau tu akan dibesarkan sehingga boleh memuatkan 400 jemaah...kalau sekadar di Madrasah Salihiah tu..tak kurang tak lebih 10-20 orang sahaja yang boleh...yang lain tu terpaksalah menumpang di bangunan Takaful Ikhlas..

Musykil juga Puteri..dulu-dulu kenapa tak da siapa pun teringin nak sambut Maulidurasul kat situ kenapa tahun ini begitu beria-ria sangat....hehehhehe..tentulah..nak tunjuk hero barangkali...nak cerita pada rakyat betapa imarahnya bangunan Takaful Ikhlas itu....

Tapi..khususnya pada Pak Beraim..Puteri nak celah sikit..( maaf ye Pak..bukan melawan orang-orang tua)...Nabi Muhammad mengajar kita beristiqamah dengan perjuangan..tidak goyah dan tidak mudah lebuq dek kerana apa-apa jualah...tapi Pak Beraim..macamana...jadi kena hayatilah makna Maulidurasul tu..bukan hanya tumbang lembu..buat kenduri...berselawat...lepas tu..liaung...kosong..zero...perangai masih dok macam tu ..tak berubah-rubah....

So..jangan hanya cinta dimulut..tapi dihati tidak  kerana itu sifat orang munafik...

Bagi Puteri....Nabi Muhammad itu segalanya...dialah bapa, suami, pendakwah, kepala perang, ketua negara..contoh ikutan sepanjang zaman...
Hehhehe..kepada UMNO haprak and kuncu-kuncunya...JANGAN LUPA NABI MUHAMMAD SANGAT SUKA KALAU TEMPAT-TEMPAT IBADAT DIIMARAHKAN, DIBESARKAN  DAN DIPERINDAHKAN UNTUK KEGUNAAN UMUM...

Warta Darul Aman

Arkib