Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Saturday, February 18, 2012

Selepas Pusat Dakwah dan Masjid Nagore, kerajaan PAS akan robohkan Masjid Zahir pulak




Oleh: Mat Kering Bakaq Bata

PAS nak roboh Pusat Dakwah nak buat tempat parking.

Itulah berita yang disebarkan oleh blogger UMNO yang mendapat tarbiah Yahudi APCO yang dibayar RM77 juta oleh kerajaan BN.

Berita itu dipanjangkan di sebuah kedai kopi oleh seorang aktivis UMNO kepada rakan-rakannya.

"Caihh tak dak akai ka?" jerkah seorang rakan aktivis UMNO tu. "Hang nak buat cerita pun bagilah logik sikit, takkan PAS bodoh sangat nak runtuh Pusat Dakwah untuk parking... baik depa runtuh bangunan buruk Borong Sakan, lagi strategik, lagi besaq, tak kacau sapa, takdak sapa nak marah, takdak kena bayar pampasan kat sapa, kos pun rendah... bla bla bla."

Mula MK ingat dia nak kata PAS tak dak akai, rupanya blogger UMNO yang takdak akai... kah kah kah. Betoi tuu..

Kelmarin MK baca blog UMNO, depa tambah lagi fitnah roboh ni iaitu Kerajaan PSS Kedah akan roboh Masjid Nagore pulak.

Besok kalau sapa-sapa baca blog UMNO, jangan terkejut kalau ada fitnah terbaru kerajaan PAS akan roboh Masjid Zahir pulak.

MK sokong sangat bloggers UMNO ni buat cerita merapu meraban macam tu, biag sampai satu peringkat anak-anak didik Yahudi APCO tu tulis apa pun orang tak pakai dah. Macam cerita kanak-kanak 'Pengembala Kambing Berbohong Diserang Harimau'.


- Posted using BlogPress from my iPad

Warta Darul Aman

Arkib