Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Thursday, February 2, 2012

PRU 13: BN KEKAL SEBAGAI PEMBANGKANG DI KEDAH




WATAN BERCINTA

Tok Watan amat yakin PR akan berkuasa semula Kedah bukan sebab BN tidak kuat tetapi sebab rakyat sudah tiada pilihan lain.

Dalam hal yang sama Tok Watan turut percaya bahawa Dato Bashah kalah teruk di Bakar Bata memandangkan 30 % pengundi di situ adalah Cina dan sikap anti Cina UMNO yang ditunjukkan melalui anak didik mereka Perkasa amat memberi impak.

Keyakinan kian bertambah bahawa PAS akan kembali berkuasa di Kedah melihatkan pemimpin BN sendiri sudah bosan untuk menjadi 'kerajaan' bahkan mereka sudah merasa serasi sebagai pembangkang.

Tok Watan turut percaya AZIZAN akan terus kekal sebagai MB selepas pertahankan kerusi DUN Sungai Limau.

Tok Watan juga percaya, PKR akan lemah selepas PRU ke-13, namun DAP akan terus berkembang mendapat sokongan pelbagai kaum.

Kenapa Tok watan berkeyakinan demikian berhubung semua perkara yang dinyatakan diatas.

Jawapannya mudah, "Itu sahaja pilihan terbaik yang kita ada'..


(Nota: Watan Bercinta adalah ahli UMNO pro Dato' Kafir Sheikh Fadzir)

Warta Darul Aman

Arkib