Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Tuesday, February 7, 2012

Parti besaq kelemboi... berpecah tak padan padan

ZAMIL kena pecat.... itu la sapa suruh sokong BN

KITA pecat dua pengerusi negeri Pulau Pinang, Kedah





KUALA LUMPUR, 7 Feb – Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA) hari ini memecat dua orang pengerusi negeri kerana melanggari disiplin parti.
Pemecatan pengerusi negeri Pulau Pinang Tan Tee Beng dan penegrusi Kedah Zamil Ibrahim adalah dengan serta merta, mengikut kenyataan oleh pengerusi jawatankuasa disiplin KITA, Wan Hasemah @Wan Norjam Wan Sulaiman.

Tan juga dilucut keahliannya dari jawatankuasa pusat parti tersebut.

MP Nibong Tebal yang bertanding atas tiket PKR telah keluar parti tersebut dua tahun lalu dan menjadi MP bebas seketika sebelum memasuki KITA.

“Jawatankuasa Disiplin Parti Kita dalam mesyuaratnya pada semalam telah sebulat suara memutuskan memecat keahlian Pengerusi Cawangan Pulau Pinang, dan Pengerusi Cawangan Kedah, Zamil Ibrahim.

Namun begitu, menurut Wan Hasemah, kedua-dua mereka boleh membuat rayuan kepada jawatankuasa eksekutif pusat terhadap pemecatan tersebut dalam masa 14 hari.

Dalam satu kenyataan berasingan oleh ketua informasi KITA, Mohamed Mazlan Abdul Manaf, berkata pemimpin parti selain presidennya Datuk Zaid Ibrahim akan mengadakan perjumpaan pada hujung bulan ini.

Perjumpaan tersebut bertujuan membincangkan tindakan berkenaan keputusan Zaid untuk membubarkan KITA.

“Sekiranya parti bebas daripada unsur yang tidak dikehendaki dan ada jalan penyelesaian selain membubarkan parti, itu adalah pilihan jalan penyelesaiannya,” kata Mohamed Mazlan.

“Namun begitu, sekiranya pimpinan parti merasakan membubarkan parti adalah cara terbaik, maka keputusan itu juga akan dibuat,” tambah beliau.

Khamis lepas, Zaid berkata beliau akan memanggil satu mesyuarat agung luarbiasa ekoran laporan para ahlinya di Kedah dan Pulau Pinang menyerang Pakatan Rakyat (PR) secara terbuka, “menjadikannya jelas mereka tidak berminat terhadap isu sebenar dan bertujuan memalukan pembangkang.”

Beberapa pemimpin negeri telah mengadakan sidang media menolak keputusan Zaid untuk membubarkan Kita, malah menuntut Zaid meletak jawatan kerana kenyataannya itu “tidak bertanggungjawab” dan “tidak berprinsip.”

Zaid, yang merupakan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri dan ahli Umno menyertai PKR pada pertengahan 2009.

Beliau kemudiannya menubuhkan parti KITA selepas keluar daripada PKR atas alasan pembangkang gagal merebut jawatan timbalan presiden.

Parti yang berusia dua tahun itu bergolak selepas ahlinya menentang kepimpinan Zaid yang kelihatan pro-PR.

Zaid turut mengumumkan KITA tidak akan bertanding merebut kerusi dalam pilihan raya akan datang dan berjanji akan menawarkan bantuan kepada pembangkang.

Pemimpin di Kedah, Selangor and Johor mendesak Zaid meletak jawatan dan mahukan Datuk Hasan Ali mengetuai parti berkenaan.

Bekas exco kerajaan negeri Selangor itu bagaimanapun membentuk satu badan bukan kerajaan (NGO) yang diberi nama Jati bagi mempertahankan Islam, bangsa Melayu, dan institusi diraja yang menegaskan badan berkenaan merupakan “kuasa ketiga” yang akan menetukan pemerintah akan datang.



- Posted using BlogPress from my iPad

Warta Darul Aman

Arkib