Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Sunday, February 19, 2012

Mana dia pejuang pejabat insuran Kanchut.. takkan berjuang hangat-hangat taik ayam jer

Oleh: Mat Kering Bakaq Bata

MK bukan nak jadi batu api, cuma nak tanya mengapa tiba-tiba senyap sepi golongan yang nak pertahankan pejabat insuran Kanchut dari dirobohkan dengan tujuan nak bina sebuah surau gergasi dan pindah wakaf (istibdal)?

Dulu bukan main berjuang sanggup mati(katak) sambil mengeluarkan fatwa bahawa tandas pun boleh dihukum Rumah Allah, laa ni pi mana dah? Mula bukan main dapat sokongan UMNO semua peringkat, tiba-tiba bila kerajaan negeri beri penjelasan kait pula dengan majlis fatwa dan raja; semua UMNO dah cabut lari. Tinggallah Perkasa yang tolong sokong, itupun import Perkasa dari Perlis dan sorang tok guru merapu meraban dari Kelantan.

Laa ni bila Perkasa luar pun tak larat nak mai tulong dah, tinggallah puak2 sorang dua yang diketuai Cot dan dipelopori Sobri Sudin; terkonteng2 mempertahankan perjuangan menegakkan benang basah mereka.

MK nak dedahkan satu dailog antara Ustaz Azizan dengan Agong di satu majlis rasmi yang diadakan baru-baru ini. Titah Tuanku, "Dato' (Ustaz Azizan) silap tak roboh awai-awai dulu..." Jawab Ustaz Azizan, "Patik kena ambik kira banyak perkara dulu Tuanku." Dailog yang terakam di telinga beberapa saksi itu khabarnya dah sampai ke telinga beberapa pemimpin UMNO negeri. Sebab tuulah UMNO tak berani nak melompat sangat isu pejabat insuran tu.

MK nak buat cabaran baru kepada saki baki penyokong puak lawan Majlis fatwa tu iaitu...

Sila bawak mai sekurang-kurangnya 5 orang (cukuplah) ulamak besar dari Kedah, yang bukan ulamak politik, yang berani menyanggah keputusan Majlis Fatwa berhubung isu Salihiah. Kalau ada buat rakaman audio video ucapan 5 ulamak tersebut dan MK berjanji akan isytiharkan siapa MK dan akan bersama Cot endegeng pertahankan pejabat insuran tu. Contoh ulamak tu adalah macam Sheikh Abdullah Awangsa, Sheikh Md Isa Abd Rahman, Dr. Ahmad Bashir Aziz.. jenis yang tak cenderung politik mana-mana (contoh saja tu). Bukan Jamilkhir Baharom atau Dr. Mashitah. OK bawak mai rakyat Kedah tengok!

Tapi kalau tak boleh sahut cabaran MK ni, maka eloklah BBSMS dibubarkan saja dan hangpa tumpukan pada kerja lainlah yang bagi faedah pada masyarakat Islam, bukan kerja memecahbelahkan masyarakat yang hangpa buat tu. Takde pekdah pon..

Warta Darul Aman

Arkib