Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Thursday, February 9, 2012

Laa ingatka faham..! Rupanya depa sangka ISTIBDAL tu bermakna JUAL

(Foto hiasan)


Oleh: Pedang Keluli

Berbulan-bulan kita dok terang bahawa mengikut hukum syarak Madrasah Salihiah boleh dirobohkan mengikut kaedah ISTIBDAL. Istibdal tu diputuskan oleh ulamak-ulamak yang bermuzakarah dalam Majlis fatwa Negeri Kedah.

"Hang kemukakan sat nas-nas yang menunjukkan bahawa tanah wakaf boleh dijual kepada orang kafir?" cabar seorang ahli UMNO tulen dekat aku bila membincangkan isu wakaf Salihiah.

"Bila pulak yang ulamak sebut tanah wakaf boleh dijual kepada orang kafir?" aku tanya balik.

"Tu yang hangpa kata tanah wakaf boleh diistibdal.. istibdal tu bukan ka maknanya jual.." jawab nangoi UMNO tu.

Mak oiii, garu kepala aku. Patutlah selama ni UMNO lawan hangit isu tanah wakaf tu, rupanya depa faham kata ISTIBDAL tu bermaksud JUAL.. mungkin kerana kat belakangnya bunyi al, al. Inilah yang dikatakan jahil murakab ataupun jahil yang berlapis-lapis.

Badal dalam bahasa Arab bermakna ganti. Istibdal itu ialah menggantikan tanah wakaf asal di tempat yang lain dengan tujuan mendapat manfaat wakaf yang lebih besar di tempat yang lain itu. Maknanya tapak yang asal tu sudah tidak berstatus tanah wakaf lagi. Bagaimanapun tanah wakaf yang asal itu mesti dihormati sebab itu dalam kes Madrasah Salihiah, tapak asalnya hanya jadi tempat lapang dan tangga jejantas bukannya pusat karaoke seperti yang difitnahkan.

Dalam kes wakaf Salihiah juga langsung tidak berlaku proses jual beli. Mengikut kaedah konvensional pun pengambilan tanah oleh kerajaan tidak boleh ditakrifkan sebagai 'jual beli tanah', pemilik asal dibayar pampasan bukan dibayar kerana menjual tanah kepada kerajaan. Nak berhujah pun bagi nampak cerdik sikit noo.

Tak apalah kalau UMNO nak spin juga kata akhirnya tanah itu akan berpindah kepada pemaju (90% Belleview, 10% PKNK) sebagai 'telah dijual' kepada pemaju, tapi nak habag bagi bahawa tanah yang berpindahmilik kepada pemaju itu tidak lagi berstatus tanah wakaf, tanah wakaf dah pindah ke tempat lain.

Tempat lain tu tang mana? MAIK gaya nak buka mulut umumkan tang mana, puak UMNO bawak kes ke mahkamah pulak. Jadi tertangguhlah pengumuman tu tang mana wakaf tu dipindah. Sabag sat cek noo, tunggu lepas puak2 UMNO yang bawa kes tu kalah kat mahkamah MAIK akan umum.

Untuk sementara.. dan selama-lamanya pun jangan dok faham dah kata Istibdal tu bermakna Jual. Nanti orang tau kata hangpa bodo..opss maaf, tak reti bukan bodo.

Warta Darul Aman

Arkib