Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Monday, February 20, 2012

Kecewa keluarga pemimpin boros, tak tutup aurat -Dr Ridhuan Tee




Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 20 Feb: Pensyarah Kanan Universiti Pertahanan Nasional, Profesor Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah berkata, pemimpin negara yang gagal mendidik anggota keluarga dengan ajaran Islam sebenar tidak boleh dijadikan role model kepada generasi akan datang.

Sambil melahirkan rasa kecewa, beliau berkata terdapat pemimpin di negara ini yang tidak berjaya membentuk sahsiah suami dan isteri mereka.

“Sekiranya ahli keluarga sendiri tidak menutup aurat misalnya, bagaimana dia hendak memimpin negara dan menyuruh orang lain berbuat demikian. Begitu juga anak-anak mereka perlu terlebih dahulu dijaga kerana ini memberi imej kepada pemimpin berkenaan.

“Manakala bagi wanita bergelar isteri yang menerajui parti politik dan sesebuah pertubuhan, sekiranya mereka tidak boleh menegur suami sendiri, saya rasa ia juga memang pelik,” katanya yang dipetik Sinar Harian.

Beliau dilapor berkata demikian semasa membentangkan kertas kerja berjudul 1Malaysia dan Penghayatan Islam sempena Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012, semalam.

Menurut Ridhuan Tee lagi, seseorang pemimpin perlu utamakan agenda bangsa dan negara, namun sekiranya si isteri dan anak-anak kepada pemim pin hidup bermewah, perkara ini menunjukkan ada tidak kena.

Beliau berkata, tidak kena jika rakyat disuruh berjimat sedangkan isteri sendiri atau suami tidak berbuat sedemikian.

Ditanya sama ada menegur peribadi pemimpin dikatakan satu kesalahan, katanya, dalam Islam, ia digalakkan dan apa dilakukan pemimpin itu menjadi perbualan.

Malah, kata Ridhuan Tee, menegur keluarga pemimpin tidak melanggar hak asasi manusia kerana sekiranya ia dibiarkan, lama-kelamaan pemim pin itu menjadi sasaran musuh politik dan beliau tidak mahu itu berlaku.


- Posted using BlogPress from my iPad

Warta Darul Aman

Arkib