Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Sunday, February 12, 2012

Kak Jat oii kenyataan merapu hang tak boleh tutup isu lembu

Oleh: Tok Non

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari menyifatkan kerajaan negeri Kedah di bawah pentadbiran PAS GAGAL menyediakan sumber ekonomi kepada rakyat Kedah.




Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh Wanita UMNO Kedah, kerajaan negeri tidak memikirkan dan menyelesaikan masalah rakyat dari sudut pendapatan harian untuk menyara anak/bini serta lain-lain tanggunan yang sedang di hadapi oleh rakyat.


Tok Non sokong kenyataan Kak jat tu sebab tu sejak PAS perintah 2008 beribu-ribu rakyat Kedah sudah mati kebuluran. Cuma musykil sikit.. kata Wanita UMNO kerajaan Kedah tidak fikir cara nak selesai masalah pendapatan harian rakyat, eh BN yg perintah Pusat termasuk Kedah tak tolong fikir jugak ke sampai beribu-ribu mati kebuluran akibat ekonomi teruk sejak PAS perintah Kedah. Kah kah kahhh..

Sudahlah Kak Jat, mokalu setakat buat kenyataan merapu meraban untuk tutup isu lembu hang baik hang pi balik jaga kandang lembu lagi baik. Alhamdulillah orang Kedah senang lenang dan sejahtera di bawah PR. Yang kurang bernasib baik semua dibantu Kerajaan Negeri. Yang menderita (tapi cukup sifat) mungkin yang pemalas saja sedangkan Bangla, Indon, Myanmar, Nepal yang mai cari rezki kat Kedah pun senang lenang boleh hantar duit balik negeri lagi.

Pi baliklah Kak Jat, jangan mai dok muhong orang Kedah.

Warta Darul Aman

Arkib