Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Saturday, February 18, 2012

Kak Jat cakap apa pun, orang akan kata 'nak alih isu lembu'

Kedah rancak membangun, Sharizat masih demam lembu

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA



Ketua Wanita UMNO yang dikaitkan dengan skandal lembu, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyifatkan kerajaan negeri Kedah di bawah pentadbiran PAS gagal menyediakan sumber ekonomi kepada rakyat Kedah. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh Wanita UMNO Kedah, kononnya, kerajaan negeri tidak memikirkan dan menyelesaikan masalah rakyat dari sudut pendapatan harian rakyat serta lain-lain tanggunan yang sedang dihadapi oleh rakyat.


Shahrizat memilih Kedah sebagai tempat membersihkan dirinya dari 'najis lembu' melalui pelancaran gerak kerja Wanita UMNO menghadapi pilihanraya tidak dapat menghindar diri dari menerima tempelakan balas dari para pemimpin politik di Kedah.

"Tak payah nak bohongi rakyat mengenai perkembangan ekonomi di Kedahlah, orang tahu tindakan Shahrizat serang Kedah adalah untuk alih isu lembu yang dihadapinya," ujar seorang pemimpin Muslimat PAS Kedah.
Ketua Wanita UMNO itu menghadapi kesukaran untuk bercakap. Apa saja topik serangannya terhadap PR akan dituduh untuk menutup isu lembu. Lebih-lebih lagi di Kedah, negeri yang pesat membangun tanpa bantuan Pusat.

Ketua Wanita, Timbalan Presiden dan Presiden UMNO adalah antara tokoh yang telah dan akan menggempur Kedah dalam bulan ini. Menariknya pada bulan inilah jugaklah kerajaan negeri sedang 'menggempur rakyat' dengan pelbagai sentuhan.

Menteri Besar Kedah, Dato' Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak baru saja merasmikan majlis pecah tanah Maahad Tahfiz Sains Darul Aman di Pulau Tuba Langkawi. Di zaman Tan Sri Sanusi Junid jadi Menteri Besar, Pulau Tuba mahu dibangunkan sebuah universiti bernama Universiti of Tomorrow. Apabila diajukan soalan, "Bila nak bina?" Jawapannya ialah "tomorrow" sehinggalah tamat pentadbiran dua menteri besar BN yang datang selepas itu.

Projek bernilai RM15 juta mendapat sokongan padu dari Tuanku Sultan Kedah, juga sokongan dari ADUN-ADUN BN sewaktu berlangsung Sidang Bajet 2012 tempohari. ia berkonsepkan asrama penuh dilengkapi dengan 20 bilik darjah, empat makmal sains yang dilengkapi makmal fizik, kimia, biologi dan makmal biasa, surau, pusat sumber, kantin dan kuarters untuk guru dan kakitangan sekolah. Projek ini dijangka siap dalam masa tiga tahun yang mampu menempatkan 300 pelajar tanpa sesen pun bantuan dari kerajaan BN pusat.

Pada hari yang sama Menteri besar melakukan pecah tanah pembinaan sebuah hotel milik nak syarikat Kerajaan Negeri Kedah iaitu Permodalan Kedah Berhad (PKB) di Pekan Kuah, Langkawi.

Pengarah Urusan Kumpulan PKB, Haji Harun Khalib berkata, hotel 14 tingkat ini menelan belanja RM50 juta dan diuruskan berasaskan konsep ‘halalan toyyiban’. Satu contoh kelainan hotel ini adalah diwujudkan adua kolam renang, iaitu dipisahkan untuk lelaki dan perempuan. Belum ada lagi hotel di Langkawi yang ada dua kolam renang berasingan. Minumam keras sama sekali tidak disediakan di hotel ini.

Hotel 14 tingkat ini dilengkapi dengan 206 bilik penginapan, apabila siap kelak akan diuruskan oleh anak syarikat PKB, PKB Hotel Management Sdn Bhd. Ia dijangka disiapkan dalam masa 18 bulan.

PKB yang di zaman BN dahulu berada dalam keadaan tenat, kini kembali pulih sehingga berjaya memberi sumbangan kepada kerajaan negeri sebanyak RM10 juta setahun. Ia menjadi kebanggaan kerajaan negeri apabila PKB telah buktikan dalam masa empat tahun telah bangun begitu cergas dan aktif. PKB juga berjaya melunaskan hutang-hutang mereka dahulu. Semua kejayaan ini sangat 'memeningkan' kepala para pemimpin BN di Kedah.

Sehari sebelum ke Langkawi, ribuan rakyat hadir mendengar amanat Menteri Besar di Program Mesra Rakyat Daerah Kuala Muda di Permatang Katong, iaitu kawasan perumahan mangsa Tsunami. Jika program seumpama itu dibuat oleh kerajaan Pusat atau kerajaan negeri di bawah BN dahulu, maka pengisiannya ialah kempen politik. Perdana Menteri atau pemimpin BN akan turun dengan memakai topi berlogo dacing. Berbeza dengan kerajaan PR, menteri besar hanya bercakap soal pentadbiran negeri dan kesejahteraan rakyat. Tiada isu PAS, Umno, liwat atau Israel.

Sebahagian rakyat yang sudah terbiasa dengan program anjuran kerajaan BN merasa takjub dengan kelainan yang ditunjukkan oleh kerajaan pimpinan PR. Dalam program tersebut Menteri Besar menyumbangkan pelbagai bantuan yang keseluruhannya bernilai RM250 ribu.

Pada bulan ini juga Menteri Besar melancarkan 15 buah lori tangki SADA sebagai persiapan menghadapi musim kemarau di Kedah. Lazimnya negeri-negeri di Utara mengalami musim kemarau pada awal tahun. Lori tangki bukan hanya perlu di musim kemarau tetapi juga di waktu lain. Ketika banjir besar melanda Kedah lebih setahun lalu, Ustaz Azizan terpaksa menghubungi Menteri Besar Perak, Datuk Zambry Abd Kadir memohon bantuan lori tangki untuk mengangkut air bersih.

Musim kemarau tiga tahun lalu, Kedah panas dengan isu terputusnya bekalan air. Selepas siapnya logi air di Padang Sanai, Sik dan Bandar Baharu, Kedah boleh dianggap sudah bebas dari isu air. Begitulah cekapnya kerajaan PR menyelesaikan masalah air yang tertunggak sejak berpuluh tahun.

Minggu lalu, Exco Kerajaan Negeri Dato' Ir. Phahrolrazi Zawawi mengumumkan kemasukan pelaburan ke Langkawi yang dianggarkan bernilai RM500 juta dalam masa terdekat. Sejak sebuah syarikat gergasi Belleview berani membuat pelaburan RM500 juta membangunkan Aman Central di Alor Setar, kemasukan pelabur ke Kedah nampak tidak terlalu sukar. Di Kulim Hi Tech Park, syarikat Panasonic akan membuat pelaburan sebanyak RM2 billion dalam industri penghasilan sel solar, yang pertama seumpama itu di luar Jepun.

Kerajaan negeri Kedah tidak sehaluan dengan Pusat, justeru terpaksa membangunkan negeri secara bersendirian. namun apabila PAS mampu melaksanakan pembangunan lebih hebat dari semasa Kedah diperintah BN dahulu maka wajar kalau pemimpin-pemimpin utama BN tidak cuba datang menempelak Kedah. Buat malu muka saja.


- Posted using BlogPress from my iPad

Warta Darul Aman

Arkib