Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Wednesday, February 15, 2012

Kah kah kah... Muhyiddin buat lawak antarabangsa

BN dijangka menang 8 kerusi di Kedah

Oleh: Watan Bercinta

Kedah adalah negeri boleh menang (winnable state) kata Timbalan Presiden parti rasuah UMNO sewaktu melawat Pokok sena kelmarin.

"Kami yakin (BN) boleh menang di Kedah tetapi bersyarat. (Syaratnya ialah)Sebahagian besar pengundi kini beralih kepada BN...," kata Muhyiddin.

Kah kah kah.. bila terbaca berita ni maka aku pun tergelak berguling-guling. Ingatkan BN boleh menang kerana rakyat sudah cemuih dekat PAS dan suka kat BN, berdasarkan kajian professor kangkong mana kaa. Rupanya kemenangan yang dicanangkan itu bersyarat pulak. Syaratnya majoriti pengundi sokong BN.. kah kah kah haktu yang aku gelak. Hang toksah habaglah Muhyidin woii, sapa yang dapat undi majoriti maka parti itulah menang.

Soalnya adakah majoriti rakyat Kedah sokong BN? Puihh, makin lari dari BN lagi adalaa. Orang muda majoritinya dengar nama UMNO pun naik melugai, 54 tahun dah merintah. Dah lama dahhhh.. kata Tun Mahathir. Kerajaan tua yang tak pernah bertukar ni adalah ibarat orang tua yang sudah rabun, pekak dan nyanyuk (Bukan nak hina orang tua.. tu cuma ibarat dan memang lumrahnya orang tua sifatnya macam tu). Orang muda lebih berselera dengan parti selain BN/UMNO pulak yang memerintah negara, tak kiralah sapa pun. Sebab tu muncul ABU (Asal Bukan UMNO). Manakala kat negeri yang baru sepenggal dapat mandat, mereka cuma mahu mandat itu diteruskan.

Orang bukan Melayu... 10 kita jumpa, 8 tolak BN. Tak pecaya kalu pilah buat survey. Depa dah cemuih dengan UMNO dan rakan kongsinya Perkasa yang tak habih-habis main isu perkauman seolah-olah orang Cina di negara ini bukan warganegara Malaysia.

Tinggallah yang nak undi BN dalam PRU nanti ialah orang UMNO sahaja. Di kalangan orang UMNO itu pulak mereka akan tengok siapa calon, kalau calon bukan orang mereka maka muncullah istilah yang cukup popular di kalangan UMNO Kedah iaitu KERAT. Kalau calon tu tak dikerat, dia menang maka tertutuplah karier politik pesaingnya. Dalam UMNO calon yang kalah PRU biasanya terpinggir dari arus perdana parti.

Itulah yang UMNO dok pening, mula dari Najib hinggalah pemimpin2 negeri terutama di Kedah ni. Kajian sokongan politik yang dibuat oleh BN di Kedah, paling tinggi mereka mampu menang ialah 16 kerusi dari 36 kesemuanya. Itu belum masuk fasa selepas calon diumumkan. Lepas umum calon, muncul upacara kerat mengerat BN mungkin hilang lagi separuh kerusi... jadi 8.

Jadi betullah kata Muhyiddin BN boleh menang, tapi bersyarat... kah kah kah.

Warta Darul Aman

Arkib