Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Tuesday, February 21, 2012

Isu BN seleweng STDC RM7.5 juta takkan senyap macam tu jer...

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA




Exco Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Amiruddin Hamzah pernah mendedahkan penyelewengan kerajaan BN dulu menguruskan sebuah GLC iaitu Seri Temin Development Corporation (M) Sdn. Bhd. (STDC). Beliau mendedahkan bagaimana STDC telah membelanjakan lebih RM8 juta untuk sumbangan, walhal RM7.5 juta tidak diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk pelepasan cukai.

Akibatnya STDC terpaksa juga menjelaskan cukai sebanyak RM3.1 juta di samping denda atau penalti kira-kira RM1 juta, menjadikan jumlah keseluruhan yang terpaksa dibayar oleh STDC di bawah kerajaan PR sekarang ialah sebanyak RM4.1 juta. Semua beban yang ditinggalkan oleh BN itu terpaksa dijelaskan oleh kerajaan kini.

Pendedahan Amiruddin benar-benar menyebabkan semua ADUN BN yang sedang bersidang dalam DUN panas punggung. Tapi sehingga ke hari ini mereka masih gagal untuk memberi penjelasan kepada rakyat. Ya, memang tiada penjelasan yang dapat diberikan sebab semuanya sudah jelas.

Laporan pihak Audit berhubung perbelanjaan tidak wajar dan bayaran yang dibuat tanpa sokongan dokumen sepatutnya cukup banyak. Antaranya ialah sumbangan terhadap Mesyuarat Perwakilan Umno Padang Terap - RM10 ribu (23.01.2007), lawatan Pemuda Umno ke Indonesia - RM10 ribu (14.03.07), lawatan Puteri Umno ke Indonesia – RM5 ribu (18.03.07), sumbangan kepada Umno Kedah – RM200 ribu (19.04.07), sumbangan petugas BN pilihanraya kecil Ijok – RM5 ribu (13.05.07), sumbangan T-shirt dan wang saguhati konvoi Pergerakan Pemuda Umno Padang Terap – RM4 ribu (22.05.07), sumbangan kepada Umno Cawangan Padang Kerasak Naka – RM5 ribu (30.05.07) dan membekal cenderamata untuk perwakilan Umno Bahagian Padang Terap – RM26,150.00 (01.01.08).

Seterusnya ialah pemasangan billboard untum mesyuarat perwakilan Umno Padang Terap – RM10 ribu (01.01.08), sewa khemah dan meja bulat untuk mesyuarat perwakilan Umno Bahgian Padang Terap – RM10 ribu (16.01.08), membekal kain tudung kepada ahli Puteri Umno – RM20 ribu (03.02.08) dan makan minum untuk mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Padang Terap – RM21,700.00 (15.02.08).

Menteri Besar masa itu Datuk Seri Mahdzir Khalid turut menggunakan wang STDC untuk menerbitkan kalendar peribadi beliau yang diberi percuma kepada rakyat dengan kos RM80 ribu (06.12.07 & 20.02.08). Banyak lagi pembayaran yang disifatkan oleh Audit sebagai ‘tidak berkepentingan dan tidak berkaitan dengan aktiviti dan objektif penubuhan STDC’ namun tidak mungkin disiarkan sepenuhnya dalam ruangan yang terhad ini.

STDC yang ditinggalkan kepada kerajaan PR adalah sebuah syarikat bermasalah, banyak hutang dan gawat. Namun kebijaksanaan pentadbiran baru berjaya memulihkan syarikat tersebut sekalipun terbeban dengan hutang-hutang yang ditinggalkan.

Pada 2007 STDC mengalami kerugian sebanyak RM2.56 juta, manakala pada 2008 kerugiannya ialah sebanyak RM144,467.00. Kerugian tidak boleh dibebankan sepenuhnya kepada pengurusan baru kerana mereka mengambilalih selepas tiga bulan tahun 2008. Pada tahun 2009 keuntungan STDC ialah RM333,978.00 dan tahun 2010 keuntungan sebanyak RM826,110.44.

Satu lagi perkara menarik ialah jumlah emolument untuk ahli-ahli lembaga pengarah. Di masa BN, emolument untuk ahli lembaga pengarah ialah RM125,200 (2006) dan RM251,800 (2007). Bagi tahun 2008 antara Januari hingga Mac sahaja, emolument yang diberi ialah sebanyak RM50,900. Bagi mereka untung atau rugi bukan persoalan, yang penting SDTC seolah-olah dijadikan tempat mengaut kekayaan.

Ia berbeza sama sekali dengan emolument yang diterima ahli lembaga pengarah di zaman PR. Pada tahun 2009 ahli lembaga pengarah hanya menerima keseluruhan RM53,500 manakala bagi tahun 2010 cuma RM8,000.

Semua catatan yang dibuat adalah berdasarkan fakta hitam putih (bukan video hitam putih). Ia bukan rekaan macam video seks bikinan Datuk Trio. Sebab itu apabila Dato’ Amiruddin membentangkan di Sidang DUN, semua ADUN BN tidak dapat menyanggah. Semua media talibarut BN tidak mengungkapkan walaupun sepatah perihal penyelewengan pengurusan GLC di zamam BN itu.

Sekarang terserah kepada jentera penerangan parti kena hidupkan balik isu ini dan serang BN habis-habisan sehingga mereka tersungkur terus.



- Posted using BlogPress from my iPad

Warta Darul Aman

Arkib