Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Wednesday, February 8, 2012

Dah puas tipu Melayu nak tipu India pulak





Perayaan Thaipusam orang India yang beragama Hindu di Batu Caves dimeriahkan dengan kedatangan PM Najib dan Rosmah Mansor.Nasib baik pemimpin Pas tak celapak pi sama ke Batu Caves untuk raih undi orang India yang beragama Hindu,Kalau tidak tentu jadi isu besar kata pemimpin Pas rosak akidah.Tok mufti akan keluarkan fatwa urgent kata Pas dah sesat.

Tujuan Najib Rosmah ke Batu Caves tak lain tak bukan untuk dapatkan sokongan orang India yang juga dilihat tidak lagi memihak kepada Umno-Bn. Najib datang untuk weil, weil bersama orang India di Batu Caves dan berkata kepada orang India "Kamu tolong saya, dan saya tolong kamu. Nambikei. Kamu percaya saya dan saya percaya kamu," kata perdana menteri disambut sorakan daripada hadirin.Baca di sini.

Nampak slim Rosmah 'First lady of shopping' dilitupi bunga malai tebal.

Adakah ini bukan rasuah?Apa kerja pemerintah kalau bukan tolong rakyat tak kira la dia bangsa apa pun.Kenapa nak minta-mintak kepada rakyat supaya tolong Najib?Rakyat yang tanggung segala gaji dan elaun pemerintah kenapa nak kena tolong lagi?Adakah nak tolong supaya BN terus berkuasa supaya Rosmah terus senang lenang?

Orang India tentu tak lupa bagaimana depa dipukul (klik) dalam himpunan mereka di Dewan MBSA, Jalan Kebun, Shah Alam hingga masuk wad.Kini samseng taik kucing yang pukul orang India katanya dah tak ada lagi di Jalan Kebun bawa diri ke tempat lain sebab rasa diri dah tak selamat.




Setelah puas janji manis untuk orang Melayu yang dituba dengan macam-macam kebendaan Najib masih tak yakin Umno mampu berkuasa lagi dalam pru 13 akan datang.Adakah Umno rasa tak malu apabila bukan Melayu bangkitkan kehilangan saham untuk bumiputera dan Melayu yang lesap RM52 bilion.Kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng,"Tiada tindakan yang telah diambil ke atas skandal RM52 bilion saham Bumiputera yang sepatutnya diagihkan kepada masyarakat itu yang miskin tetapi telah lenyap begitu sahaja,” tambah Lim.Baca di sini.

Kini Najib tabur janji manis kepada orang India supaya sokong Umno-Bn supaya terus berkuasa.Najib sedar tanpa sokongan semua kaum Umno-Bn akan tumbang dalam pru13 akan datang.Orang India tentu semakin sedar apa yang dilakukan terhadap mereka hingga berhimpun dalam dewan yang aman pun kena katok dan kena pukul oleh puak gerombolan.
Posted by MISAIMERAH.


- Posted using BlogPress from my iPad

Warta Darul Aman

Arkib