Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Friday, February 24, 2012

BN buat onar di Gunung Jerai, PAS kena tanggung

Terkenang di masa BN...

Kerajaan Negeri bagi projek kat Syarikat Kemelong Sdn Bhd (syarikat kroni UMNO) usahakan kuari di Gunong Jerai. PAS sebagai pembangkang bersama NGO yang memperjuangkan alam sekitar bantah projek tersebut kerana di samping merosakkan sistem ekologi, memusnahkan kawasan tadahan air, ia juga membawa bencana dan kemudharatan kepada penduduk tempatan. Penduduk turut membantah.

Apabila PAS berkuasa, rupanya jika projek mahu dibatalkan Kerajaan Negeri kena bayar RM40 juta kepada pemaju (ikut perjanjian) walaupun projek itu telah merosakkan alam sekitar dan memberi impak negatif kepada rakyat. Perjanjian itu merugikan rakyat.

Sekarang UMNO bersama pejuang alam sekitar menyalahkan kerajaan negeri kononnya tidak menjaga alam sekitar. BN cipta masalah, PAS nak kena tanggung...

‘JANGAN SERAH KEDAH DEKAT PENYAMUN’



- Posted using BlogPress from my iPad

Warta Darul Aman

Arkib