Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Thursday, February 2, 2012

Anak2 buah Tok Mat Bashah tak kenai dah kawan dan lawan

Oleh: Mat Kering Bakaq Bata

Dok makan mi rebus kedai catok kat Taman Wira tadi terdengar cerita puak2 BBSMS yang merupakan anak buah Dato' Mat Bashah buat report polis dekat Penolong Pentadbir Tanah kerana keluar notis kosongkan bangunan sebelum bicara writ injunksi puak2 tu.

"Yang jadi isunya ADO yg depa report tu ialah Syed Shafulamin ahli UMNO Taman Rakyat Mergong, anak buat Mat Bashah jugak," terang member UMNO kat kedai catok tu kat aku.

Secara spontan aku kata, ni perancangan Mat Bashah suruh Shafulamin keluar notis untuk jadi isu burukkan kerajaan negeri.. aku pun saja serkap jarang.

"Masalahnya Shafulamin yang akan jadi mangsa siasatan polis nanti, dia yang nak keluaq masuk balai.. bertegang pulaklah puak2 KCS dengan UMNO," terang kawan tu.

Dalam hati aku kata.. "Lantaklah, UMNO sama UMNO bertembung... PAS yang untung keh keh keh."


Jawatankuasa Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS) membuat laporan polis terhadap Penolong Pentadbir Tanah (Pembangunan) Kota Setar, Syed Shafulamin Syed Ahmad, kerana telah mengeluarkan notis supaya mengosongkan bangunan Madrasah Salihiah di Alor Setar sebelum isu mengenai diputuskan oleh mahkamah.

Pengerusi BBSMS Mansor Ahmad berkata laporan itu dibuat kerana perbuatan pejabat tanah mengeluarkan notis supaya bangunan madrasah itu dikosongkan adalah tindakan yang bertentangan dengan prinsip undang-undang.

"Kita telah mengemukakan writ saman injunksi dan saman interim pada bulan lepas bagi menghalang perobohan dan pengambilalihan tanah wakaf khas Madrasah Salihian oleh pentabdir tanah Kota Setar, dan pada minggu depan (6 Februari), kedua-dua saman ini akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Alor Setar.

"Jadi, notis pengosongan yang kami terima pada 18 dan 31 Januari lepas yang telah ditandatangani oleh Syed Shafulamin jelas bercanggah dengan prinsip keadilan undang-undang," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar hari ini.

Mansor berkata tindakan wakil pejabat tanah dan kerajaan negeri yang mendahului keputusan mahkamah bersifat prejudis dan merendahkan wibawa dan integriti Hakim Mahkamah Tinggi Alor Setar.

"Ia juga bercanggah dengan undang-undang kerana pejabat tanah serta kerajaan negeri sama ada secara rasmi atau tidak mengetahui bahawa isu madrasah ini telah difailkan untuk perbicaraan di mahkamah," katanya.

Mansor berkata sepatutnya pihak pentadbir tanah atau kerajaan negeri menunggu keputusan mahkamah terlebih dahulu dan membuka ruang bagi proses perbicaraan dijalankan dengan sempurna agar keputusan muktamad berhubung isu itu dapat diperoleh.

"Tidak perlulah terburu-buru kerana kita mempunyai undang-undang. Sepatutnya mereka (pejabat tanah dan kerajaan negeri) bersabar dan menunggu tarikh 6 Februari ini bagi membolehkan mahkamah mendengar dan membuat keputusan," katanya.

- Bernama

Warta Darul Aman

Arkib