Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Saturday, January 14, 2012

UMNO dok kira untung politik, untung pewakaf dalam kubog depa tak peduli



Lagi Debat Kedah La-Kedah Times... part ke berapa tak tau..?

Oleh: Saiburi Sudin

Watan Bertinta dari Kedah Times (blog pro Mukhriz) meracau lagi. Saiburi Sudin dari Kedah La tak akan biarkan...semua racauan Kedah Times (KT) akan dicantas satu-satu.

KT: Kadangkala tertawa sendiri melihat gelagat gerombolan hijau. Ibarat si kudung dapat cincin dan kaduk naik junjung demikianlah caca merba mereka memerintah Kedah.

KL: Kedah tak pernah cacamerba diperintah PAS, Alhamdulillah semuanya lebih baik berbanding BN dulu dan rakyat lebih sejahtera. Yang cacamerba cuma pemikiran BN/UMNO Kedah sebagai pembangkang akibat diserang penyakit dengki, khianat, gila talak, sakit jiwa dan wayar putuih.





KT: Dato Mufti diperguna, MAIK ditekan, Jawatankuasa FATWA DIPERALAT, Sultan mereka bohongi.

KL: Ishh noo, tak sangka Mufti, MAIK dan Majlis Fatwa semua bodoh2 dan jahat belaka. Hangpa saja yang pandai... Sultan pun kena bohong?...maka depa nak habag tak layaklah baginda jadi Agong sebab boleh ditipu, kalau macam tu hangpa pulun angkat Tok Bashahlah pi jadi Agong.


KT: Prosedur pentadbiran dalam kelulusan projek Aman Central mereka belakangkan. Fakta mereka selindungkan dan pembohongan mereka utamakan.

KL: Bila kita tanya balik prosedur apa dibelakangkan? Fakta apa yg diselindung, maka jawapannya..uk ak uk ak.. (tak boleh tunjuk bukti, maklumlah sekadar nak buat tuduhan liar semata2).


KT: Sebab itulah Allah s.w.t yang maha berkuasa hari ini membuka khilaf mereka sedikit demi sedikit. Sebagai bukti bahawa PAS bukan nak jaga agama tetapi nak jaga KUASA dan jaga hati toke CINA.

KL: Hebat sungguh hangpa dah jadi 'jurucakap Allah' tau apa yg Allah buat & untuk apa..sah hangpa dah sesat teruk.




KT: Contoh terbaru MB AZIZAN boleh pulak toleransi dengan kedai arak, pub disko dan kedai judi dan todi bab bayaran lesen cukai hiburan secara bulanan dan tahunan. Tapi bab Rumah Allah, Madrasah Salihiah AZIZAN awai-awai dah kata NO MERCY!!!!

KL: Ini adalah fitnah jahat semata2.. so tak payah ulaslah.


KT: Jawatankuasa Madrasah Salihiah, mempertikaikan kenapa tanah wakaf khas yang bukan milik MAIK tetapi hanya diberikan amanah pada MAIK untuk mengelolakannya dijual kepada PKNK dan kemudian dijual kepada Sony Ho, Cina Kristian?

KL: Wakaf juga bukan milik AJK Madrasah. Wakaf adalah milik Allah. MAIK adalah pemegang amanah. Pemegang amanah (MAIK) bertindak setelah merujuk kepada Mufti, Majlis Fatwa. Tanah yang dijual bukan lagi berstatus wakaf kerana berlaku istibdal. Tak larat nak habag dah aih, tak faham2 jugak. Benak sungguh.


KT: Jawatankusa MADRASAH mempertikai siapa yang pandai-pandai ubah nama atas geran tanah wakaf khas itu kepada nama MAIK, dan siapa yang tandatangani borang jual beli A14 di Pejabat Tanah kOTA SETAR. Padahal tiga orang pemegang amanah yang diwariskan oleh sipewakaf sejak turun temurun tidak pernah dipanggil dihadapan Pentadbir Tanah Daerah untuk tandatangani borang penjualan tanah tersebut.(sain borang depan Raja Tanah adalah satu prosedur yang mesti dipatuhi sebab Raja Tanah nak tanya kalau-kalau ada bantahan).

KL: Aitt, konon dengan bangganya nak ajaq pihak terbabit kat mahkamah. Apsal pulak dok kalut putagpusin laani lagi. Tak yakin boleh menang kat mahkamah ke? Walaupun semua tu bisa dijawab tapi biaq kita masuk mahkamah ikuti jawapannya di sana, biag depa tahawan langit tinggi rendah.


KT: Selama lebih 1 tahun jawatankuasa Madrasah menulis surat, merayu, minta dibincangkan isu ini, namun rayuan mereka tidak dilayan, surat dibakul sampahkan, madrasah mereka pula dilabel dengan pelbagai tohmahan, ahli jawatankuasa madrasah dan orang yang simpati dengan mereka pula dipanggil bingai. Adab apakah yang digunakan kerajaan PAS?, mufti? DAN maik DALAM menangani permintaan jawatankuasa madrasah???

KL: Bohong! Sudah beberapa kali perbincangan dibuat dgn pihak jawatankuasa asal surau dulu. Yang tak bincang mungkin dengan BBSMS yang mai kemudian untuk jadi hero. Badan haram ni takdak kena mengena dengan AJK asal surau dulu. BBSMS ni pulak bodoh sombong Mufti ajak berbincang tak mau "Kami nak bincang di mahkamah" Amboi angkuh, tiru perangai Peraun kot..macam mana orang tak kata bingai.


KT: Jawatankuasa Madrasah hairan kenapa fatwa boleh bertukar dalam tempoh 1 tahun, sekejaptak boleh sekejap boleh???Niat jawatankuasa Madrasah serah pada MAIK untuk dikelola madrasah dan tapak wakaf tadi dengan andaian MAIK akan jaga tau-tau MAIK kong kali kong pi jual kat Cina..pagar MAKAN KUDA RUPANYA...

KL: Namapun fatwa... Kalau tetap tak boleh ubah, itu hukum yg jelas dan qat-ie namanya, macam Quran tak boleh ubah. Apapun yg penting fatwa dimuzakarahkan oleh 10 ulamak besar Kedah bukan calang2 depa yang UMNO nak pertikaikan. Kalau kembaq Tok Bashah 20 orang pun belum tentu dapat lawan sorang ahli majlis mufti tu.



KT: Dan jawatankuasa Madrasah merayu dan memohon tapak tanah wakaf khas dan bangunan madrasah dua tingkat dikekalkan ditapak asal, projek AMAN CENTRAL mereka tidak bantah dan boleh teruskan. Surau diaras bawah atau dibawah basement yang diuar-uarkan bakal dibina oleh pemaju memang tanggungjawab pemaju sebab itu syarat PBT. Kalau surau Salihiah tak dak dan tanah wakaf khas itu tiada, surau dalam kompleks tetap wajib dibina.

KL: Cha cerita sikit zaman BN dulu naik shopping complex Sentosa, Pasific, Alor Setar Supermaket, Billion, City Plaza kat mana suraunya? Ada ke takdak kita pun tak tau sebab tak nampak dan takdak petunjuk arah. Ni surau zaman PAS perintah kat Aman Central...orang mata kelabu macam pengikut BBSMS pun boleh nampak. Besar, jelas dan terserlah. Bangunan Salihiah tu wakaf utk beri pahala kepada pewakaf. Lani pun orang dah tak makmurkan, apatah lagi nanti akan tersorok di celah bangunan nak masuk pun payah. Tambahan lagi wujud surau gergasi kat Aman Central lagiiiiiiilah Salihiah tu akan sepi. Tapi dengan dipindahwakaf/istibdal maka boleh buat lebih banyak surau di tempat lain, lebih ramai orang makmurkan, lebih banyak pahala mengalir dekat pewakaf. Jangan dok kira untung politik hangpa saja UMNO woi, pikiag sama depa dalam kubog.


KT: Isunya puak hijau ni nak roboh madrasah sedia ada dulu, bab ganti bab nak bina baru atau tapak baru belakang cerita.. BUTOH PAK HANGPA AIH? Kalau projek AMAN CENTRAL ni terbengkalai pulak 30 tahun, maknanya surau bawah basement dan anak kariah di Jalan Lumpur ka tambang badak ka akan takdak surau la selama 30 tahun???. Pasai madsarasah salihiah puak hijau ni pi roboh dah..Cuba pikiaq sat????

KL: Itulah bahasa pihak yang ajak umat Islam berjihad. Macam tu punya bahasa org anak mati syahid, mati katak adalaa. Aman Central akan terbengkalai? Ni PAS perintah pakcik oi bukan UMNO. Kompleks Tunku Yaakob terbengkalai 33 tahun tu pasai BN yang perintah, tak reti. Surau Saliliah tak roboh lagipun, awat Maghrib, Isya dan Subuh tak dak orang pi pun, hanya laa ni baru ada sorang dua waktu Maghrib dan Isya pada waktu2 tertentu... Mana dia orang Jalan Lumpur 200 orang lebih tu. Orang Jalan Lumpur pi jemaah kat Kola Lumpur ka? jawab sat.



KT: La ni puak hijau malaun ni kona cerita..tok sah dok melalut dah..SPRM dah tangkap 3 ekor malaun puak PAS yang kerja di MAIK dan Pejabat tanah kota setar..Lepas ni giliran mufti, Amiruddin, termasuk MB pulak masuk bilik sejuk..Yang lain-lain hangpa jawab la di mahkamah..Tak puas hati rayu, tunda. Anwar Ibrahim pun kes dia bicara sampai 3 tahun 6 bulan, 69 kali penangguhan bicara, 38 kali rayuan, bicara dalam bicara atau orang putih kata TRIAL WITHIN TRIAL.

KL: 'Malaun' ertinya orang yang dilaknat, istilah yang Allah sebut dalam Al-Quran ditujukan kepada orang kafir. Depa guna istilah tu untuk 'puak hijau' yang semua orang faham dimaksudkan orang PAS. Inilah syaksiyah orang yang nak berjihad konon sampai sanggup mengkafirkan pihak lain. Kaedah fiqh senang saja, kalau pihak yang dituduh kafir itu tidak kafir maka kafir akan patah balik kepada penuduh. SS pun simpati dekat penuduh... semoga depa buat tu kerana jahil dan bertaubat selepas ini. 3 orang yang dituduh kafir bekerja dgn MAIK orang PAS pulak tu kononnya ditangkap SPRM. SS tanya kat pejabat MAIK ada ke dak orang kafir bekerja kat MAIK? Depa jawab tak dak. Ada ke ahli PAS kat MAIK yang ditangkap SPRM? Semua kat pejabat MAIK tertanya2 sesama sendiri. Sah bohong!!! Bohong adalah cara hidup UMNO.


KT: Jadi untuk semua yang terlibat simpan la fatwa atau cakap pandai tu dimahkamah nanti. Tak lama dah aih, sabaq sat 6 hb Februari saja nanti.C U IN COURT!!!!!!

KL: Eieeiiiiiii takutnya.. kah kah kah macam bapak gempag anak umor 5 tahun. Takat tuulah akai depa.



KT: Lebih baik kita leraikan dia dengan parang, golok,pisau, keris dan apa jua senjata yang ada..Tu pun kalau puak hijau ni ada dua biji telor la.. So ada berani???, kalau berani dipersilakan ke madrasah salihiah atau dimana-mana sahaja..

KL: Sepatutnya itulah cara hang berhujah.. hangpa toksah dok hujah cara fakta hang tak reti dan jahil murakab. Cara samseng macam tu sesuailah cara hangpa, cara orang takdak tamadun, ala Barbarian.. Buatlah buat macam hangpa buat kat orang Memali nak hujah tak reti bunuh.




- Posted using BlogPress from my iPad

Warta Darul Aman

Arkib