Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Friday, January 27, 2012

RM197 ribu UMNO bayaq gaji buta kat kroni guna duit rakyat

Asyik dok cerita STDC, GLC lain apa kurangnya catatan penyelewengan di zaman BN. Syarikat Kumpulan Ladang-ladang Perbadanan Kedah Sdn. Bhd. adalah GLC yang penuh penyelewengan di zaman BN.

Syarikat ini telah pecah amanah dengan memberi gaji kepada tiga orang yang bukan pegawai syarikat itu tanpa kelulusan daripada mesyuarat Ahli Lembaga Pengarahnya.

Salah guna wang melibatkan RM197 ribu yang disalurkan kepada tiga orang sebanyak RM2 ribu seorang setiap bulan dengan cara meletakkan nama mereka ke dalam senarai pekerja syarikat berkenaan bermula Disember 2004 hingga Mac 2008.

Syarikat ini adalah milik Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) beroperasi selama 30 tahun yang menyelia ladang-ladang milik PKNK dan juga swasta. Ia memiliki sebanyak 18,500 ladang getah, 7,200 ekar kelapa sawit serta lain-lain harta.

Dato’ Seri Mahdzir Khalid adalah pengerusi lembaga pengarah syarikat tersebut pada masa itu. Sebahagian besar ahli lembaga pengarahnya adalah pemimpin UMNO. Syarikat Kumpulan Ladang adalah antara GLC yang menjana keuntungan. Pantang UMNO melihat laba keuntungan.

Siapakah The Three Stooges yang diberi gaji buta oleh Tok Det tu? Ada yang dah tahu, ada yang pernah tahu tapi lupa dan ada yang belum tahu.

Tunggu selepas ini... (iklan dulu)

JANGAN SERAH KEDAH DEKAT PENYAMUN

Warta Darul Aman

Arkib