Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Tuesday, January 17, 2012

Persatuan Ulamak Malaysia... hari tu kat Utusan hentam MB, lepas dapat penjelasan terus sokong

Perancangan untuk merobohkan Madrasah Salihiyyah dan menggantikannya dengan yang baru, perlu dilihat secara menyeluruh oleh segenap lapisan masyarakat. Ia tidak boleh dilihat dari aspek politik semata-mata.

Tindakan Kerajaan Negeri Kedah untuk menggantikannya dengan membina madrasah / surau yang lebih besar, dua kali ganda kapasiti dari yang sedia ada, luas dan selesa adalah sesuatu yang boleh memberi manfaat yang lebih besar kepada orang Islam.

Tambahan pula, keputusan menggantikan madrasah tersebut adalah tidak bercanggah dengan syara’ dan disokong oleh majlis fatwa negeri. Kedudukannya dari segi hukum adalah jelas diharuskan atas konsep ‘istibdal’ berasaskan syariat Islam.

Oleh yang demikian, tidak sepatutnya berbangkit perkara-perkara yang cuba dimainkan secara emosi oleh sesetengah pihak yang dilihat cuba mengambil kesempatan di atas perkara yang tidak perlu dijadikan isu.

Oleh kerana ia menjadi perbincangan yang hangat dalam media, maka kami melihat bahawa umat Islam mesti mendahulukan aspek syara’ terlebih dahulu untuk menentukan perkara ini.

Untuk menyelesaikan isu-isu berbangkit dari aspek permainan politik perlulah diselesaikan dengan bijaksana oleh kerajaan negeri.

Pihak-pihak yang menentang, juga yang ingin melaga-lagakan umat, termasuk media, sebenarnya perlu mengetahui kedudukan hal ini dari aspek hukum terlebih dahulu kerana pengendaliannya adalah menepati syara’.


DR. MOHD ROSLAN MOHD NOR
Setiausaha Agung
Persatuan Ulama' Malaysia
14B, Jalan Plumbum P7/P,
Pusat Komersial Seksyen 7,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-5512 4300 / 03-5511 4301
Faks : 03-5511 4302


http://www.pum.org.my
http://ulamadaily.blogspot.com/

Warta Darul Aman

Arkib