Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Wednesday, January 11, 2012

Pejuang Salihiah... macam cerita orang Melayu masuk kedai Cina makan sup kura2

Oleh: Saiburi Sudin

Mai baca hujah UMNO ni dulu, satgi SS jawab:

Setelah mengesahkan bahawa kompleks membeli belah BOLEH dibina tanpa meruntuhkan Madrasah Salihiah, mereka juga memberi jawapan kenapa Madrasah Salihiah perlu dirobohkan, iaitu sebab takut tersisih dan nampak koman.

Tudia, PAS roboh dan Jual tanah Wakaf bukan sebab ia akan ganggu projek, tapi sebab Madrasah tu akan nampak koman. Nah aih...

Ingat tuan-tuan semua, kalau surau nampak koman dan tersisih, robohkan saja..itu perjuangan PAS.

Lagi bercelaru bila depa kata, Dato' Amiruddin nak pamirkan dalam masa terdekat. Apa maknanya? Maknanya, pelan tu takdak lagi, ni baru gelabah dok reka macam mana nak tipu rakyat. Kalau plan dah ada, photocopy sekupang saja dah boleh pamir kat rakyat, sejam pun siap. Ini dah berapa bulan tak keluar-keluar pelannya.




Macam cerita orang Melayu makan sup kora (kura2), cerita yang orang tua2 suka dok buat lawak jenaka dulu2 nih. Ada sorang Melayu masuk kedai Cina tengok ramai pakat dok makan sup, terliog sedap tengok. Kawan pun tengah lapaq orderlah semangkuk. Tengah sedap dok hirup..mai kawan bagitau, "Hai hang makan sup kora tu.." Terkejut orang tu, "Ha.. Sup kora??" Slrrrrrrrrruuuupp dia balun perabih. "Kora pun koralah janji kenyang.."

UMNO ni pun macam tu, depa dah tersepit isu Salihiah. Tang mana depa pi soalan cepumas orang tanya, "Hangpa lebih pandai dari majlis fatwa ka? Hangpa lebih pandai dari mufti ka?" Pakat temonyeh habih tak tau nak jawab bila masuk bab Majlis Fatwa. Sededia tau antara kelulusan 10 ahli majlis fatwa dengan kelulusan ketua depa Tok Mat Bashah. Tambah2 lagi rakyat dah tau roboh surau nak buat baru surau ganti lebih besar, dapat lagi RM1.48 juta boleh buat 7 buah surau serupa.

Tapi oleh kerana UMNO dah terlajak banyak... dah sampai masuk mahkamah, nak undur pun rasa besag pulak kemaluan depa, lajak buat keghin piilaah.

'Madrasah nampak koman' bukan kerana nak hina madrasah atau surau. (Payah sungguh laaa bercakap dengan orang jahil murakab macam hangpa ni). Kita habag kata BILA NAIK super mega mall, hotel di keliling MAKA madrasah tu akan....bla bla bla..nampak koman. Baca bagi habis maksud keseluruhan, jangan ambil maksud sepatah perkataan lepas tu tibai. Islam mementingkan syiar dan izzah, tak boleh bina masjid lebih rendah dari rumah kediaman kalau ada keupayaan untuk bina lebih tinggi. Sebab tu hampir semua masjid di dunia ini dibuat agak tinggi, ada kubah ada menara bagi nampak hebat, gagah dan terserlah. Kalau terbina bangunan tinggi di keliling kelalangnya maka wajar kita angkatkan taraf surau tu, sekurang-kurang pun biar naik seiring dengan shopping complex.. Itu yang dibuat.

'Nak pamer pelan surau dlm masa terdekat' pun diputarbelit kononnya pelan tak ada lagi, baru dok kelam kabut buat. Tak apalah, bab ni kita maafkan depa... sebab depa betul2 pembangkang yang tak tau apa2 bab pentadbiran, kalau sebut perkataan BIROKRASI lagi depa penin tak tau apa. Depa ingat buat projek besar macam buat cucok kodok, buat pelan macam budak tadika lukis gambag rumah...tunjuk kat MB, MB anggok pakai jadi. Hujah punya hujah, akhirnya terserlah rupanya blogger UMNO yang dok perjuang isu Salihiah ni langsung takdak pengetahuan tentang birokrasi kerajaan... zerooo. (Buat penat aku lawan)





- Posted using BlogPress from my iPad

Warta Darul Aman

Arkib