Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Thursday, January 19, 2012

Memang lapok pun undang2 liwat di Malaysia.. UMNO nak anggap ia lebih mulia dari undang2 Allah?





KEADILAN menggesa rakyat Malaysia khasnya umat Islam supaya tidak terpedaya dan terpegaruh dengan fitnah baru yang dilemparkan Umno, kononnya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong hubungan sejenis di negara ini.

Fitnah yang disebar melalui media Umno seperti Utusan Malaysia itu memetik jawapan Anwar ketika ditanya dalam satu wawancara dengan British Broadcasting Corporation (BBC), kata Pengerusi Biro Pemantapan dan Pemahaman Agama KEADILAN (Bippa), Ahmad Kassim.

Kenyataan tersebut berbunyi "We will have to review archaic laws and we, muslims and non muslims generally believe and committed to support the sanctity of marriage between man and woman in Malaysia.

But we should not be seen as punitive and consider the archaic laws as relevant.

We need to review them. We do not promote homosexuality in public sphere and domain. We will not make apologies towards that.

I think to use this sort of legislation to be punitive, punish innocent people cannot be condoned and be tolerated,"

"Berdasarkan jawapan dan petikan itu, pertamanya, ditegaskan sebagai orang Islam, kita menjunjung kesucian hubungan perkahwinan antara lelaki dan perempuan.

"Dato’ Seri Anwar Ibrahim tegas menyatakan bahawa beliau, Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat tidak menganjurkan, membenarkan ataupun menghalalkan homoseksualiti (hubungan sejenis)," jelas beliau.

"Walaubagaimanapun beliau berpendirian undang-undang lapuk yang tidak berlandaskan syarak serta menzalimi rakyat Malaysia wajar disemak.

"Undang-undang lapuk dan zalim malah boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh kekuasaan untuk menghalalkan fitnah jelik ke atas sesiapapun," kata Ahmad Kassim.

Sehubungan itu beliau menyeru supaya semua pihak merujuk kenyataan atau jawapan tersebut dan tidak dipengaruhi dakyah jahat media Umno.

"Justeru saya juga menyeru agar jangan sesiapapun bersekongkol subahat memintal fitnah ini kononnya atas nama perjuangan Islam. Perjuangan Islam tidak sama sekali membenarkan fitnah sedemikian," katanya.



- Posted using BlogPress from my iPad

Warta Darul Aman

Arkib