Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Tuesday, January 31, 2012

Kisah blogger UMporNO bodo piang -Siri 2


Tanah wakaf Salihiah masih di tangan kerajaan Negeri belum terjual kepada sesiapa


Oleh: Saiburi Sudin


Untuk mengikuti penjelasan di bawah ini, pembaca perlu membawa dulu tohmahan oleh blogger UMporNO bodo piang yang SS siarkan di ruangan ini.... (posting kat bawah tu jerr).


Mai kita ikuti pulak kronologi sebenar isu tanah wakaf Salihiah di bawah ini:


Blogger UMporNO bodo piang mendakwa dokumen di bawah ini adalah dokumen pengambilalihan tanah dari pemaju. Kononnya 9 Jun itu adalah tarikh penjualan Tanah Wakaf kepada pemaju.


Sebenarnya dokumen bertarikh 9 Jun itu adalah dokumen mewartakan pengambilan tanah BUKAN dokumen jual beli tanah. Ia adalah prosedur biasa mengikut Akta Tanah sebelum proses pengambilalihan tanah berlaku. Untuk maklumat, sehingga kinipun (31 Januari 2011) tanah wakaf Salihiah belum TERJUAL kepada sesiapa.


Bagaimana kerajaan mewartakan pengambilan tanah sebelum surat rasmi pejabat Mufti dikeluarkan?

Taklimat dan perbincangan antara kerajaan negeri, PKNK dan Majlis Fatwa Negeri Kedah berlaku pada 30 Mei 2011 di Hotel Regency. Hasil perbincangan itu Majlis Fatwa bersetuju pada dasarnya tanah wakaf Salihiah itu ditukar mengikut kaedah Istibdal. Bagaimanapun keharusan tersebut akan diperhalusi lagi oleh mesyuarat rasmi Majlis Fatwa.

Berdasarkan keharusan mengikut kaedah istibdal itu, maka kerajaan mewartakan pengambilan tanah pada 9 Jun 2011 kerana proses pengambilan tanah memerlukan masa yang panjang kerana melibatkan langkah yang banyak. Jadi ia kena dibuat lebih awal. Kerajaan melantik PKNK sebagai ejen pengambilan tanah. SEANDAINYA keputusan Majlis Fatwa berubah selepas itu pun, tanah masih selamat berada di tangan kerajaan. Proses pindahmilik hanya akan dipastikan berlaku apabila Majlis Fatwa mengeluarkan surat rasmi.

(Stop sat..kena buat contoh bagi faham. 30 Mei 2011 tu ialah baru majlis merisik, bapak budak pompuan kata setuju. Jadi pada 9 Jun 2011 tu baru keluarga budak jantan tu umumkan nak buat majlis pertunangan. Baru umum nak bertunang, tak bertunang lagi. Kalau ada orang kata, 9 hb tu budak jantan dak pi prakk.. opss, dah pi menikah dgn pompuan tu, itu tuduhan jahat. Tak betoi tuu.)

Seterusnya warta pengambilan tanah disiapkan pada 16 Jun 2011 dan dipamerkan pada papan kenyataan pejabat tanah dan galian dan pejabat daerah pada 3 Julai 2011.

Perbicaraan yang melibatkan pengambilan tanah wakaf Salihiah berlaku pada 17 Ogos 2011 dengan pihak MAIK bersetuju menerima pampasan dengan jumlah tertentu.

Ia berlaku selepas Mufti mengeluarkan surat rasmi keputusan Majlis Fatwa pada 3 Ogos 2011.

Di sini JELAS bahawa proses pengambilan tanah hanya berlaku setelah pejabat Mufti keluarkan surat rasmi berhubung keputusan fatwa kepada PKNK!

Perbicaran pengambilan tanah sepatutnya berlaku pada 25/26 Julai 2011 melibatkan pemegang amanah tanah wakaf (MAIK) tetapi tidak ada apa-apa keputusan dibuat pada hari itu ataupun perbicaraan pada hari itu ditangguh untuk menunggu surat rasmi Majlis Fatwa. Kerajaan pun reti hukum hakam, depa tak buat sewenang-wenangnya.

Sekarang pengambilan tanah telah berlaku, pampasan dibayar tetapi HAKMILIK sementara sekarang ini sehingga selesai proses..ialah PKNK. Semua sekali tanah yang terbabit dengan projek Aman Central itu pun masih ditangan PKNK sebagai ejen pengambilan, belum lagi berpindah ke tangan pemaju.

Mokalu blogger UMporNO bodo piang tu kata tanah wakaf Salihiah sudah dijual pada tokeh Cina, maka depa pembohong besaq!

(Laa ni baru dalam bertunang, belum menikah lagi... takleh prakk lagi)

Isu terbaru kini ialah writ saman injunksi pihak tertentu terhadap kerajaan negeri Kedah berhubung tanah wakaf itu yang akan didengar pada 6 Februari 2012 ini. Mengikut kaedah perundangan sesiapa sahaja, walaupun orang asli dari Gua Musang nak buat inkjunsi berhubung tanah wakaf tu boleh, mahkamah tiada halangan.

Tetapi apa yang akan diputuskan sebelum perbicaraan berlangsung nanti ialah ‘locus standi’ pihak yang buat injunksi tu. Hakim akan tanya dulu “Hang sapa ke atas tanah ni?”. SS tak mau bagi jawapan di sini sebab mungkin tindakan itu boleh disifatkan mengganggu proses mahkamah, jadi kita tunggulah keputusan sebenar mahkamah nanti... jeng jeng jeng.

Warta Darul Aman

Arkib