Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Tuesday, January 31, 2012

Jangan biarkan akai cerdik dililit selulit....

Oleh : PUTERI BULAN


Bila saja dah nak dekat pilihanraya...banyak sungguh isu-isu yang kita dengar. Kadang-kadang sampai yang dah lama, zaman tok kadok..tok nadok..pun depa dok cungkil juga...mungkin tujuannya nak hidupkan kembali kebencian atau apa-apa saja kepada sasarannya.

Bila Puteri dok kelebek Muka Buku ( hehhe...facebooklah ) atau blog-blog..isu-isu yg sikit-sikit, samar-samar..yang tak ada fakta..sengaja dimainkan..bukan sahaja oleh pihak musuh malah rakan, sahabat karib...best friend....pun tak ketinggalan nak ambil peluang..

Puteri nak kongsi satu pos dari ahli UMNO Haprak barangkali...dia kata..sejak Pakatan Rakyat memerintah Kedah...semua barang naik..cukai pintu naik..harga barang naik..letrik naik..wow..hebat tak bertempat Minah ni...Puteri rasa mungkin akalnya tak berapa cukup sifat atau mungkin banyak sangat dok dengaq ceramah Zulkifli Nordin ( pasai Minah tu dari Kulim).....letrik dan harga barang ni sapa yang dok kontrol...habaq mai sat...kalau tak tau jawapan..mai Puteri nak habaq...hat tu semua Kerajaan Persekutuan yang laaa ni Tok Najib dok perintah..hah...depalah dok kontrol semua tu...Minah Kulim oiii...

Ni..pasai Madrasah Salihiah pula...berbuih dah orang dok cerita, sampai Tok Mufti pun dah bagitau dalam akhbar..tapi sengaja tak mau faham..buat-buat tak faham..nak tunjuk hero tak kena tempat...macam-macam..Puteri tak mau ulas dah...apa depa kata...walhalnya projek Plaza Tunku Yakkob dan Aman Central tu projek yang terbengkalai sejak 30 tahun lepas...masa UMNO/BN haprak dok perintah...tu laa..kalau kata bodo...marah...tapi memang bodo..Ustaz Azizan kata...yang nak roboh dok canang sedunia...yang kita nak bina bagi cantik, besaq, canggih..tak mau na cerita..donia..donia..

Pasai pergantungan budak-budak KUIN tu sepasai..ramai sangat nak jadi penganalis...kita dok cerita berkali-kali buat telinga pekak badak..tuli...sana-sini bikin ribut....budak-budak tu kena gantung je bukan kena buang..lepas tamat tempoh..mai la ngaji balik...dah buat perangai sangat..kena jugalah diberi pengajaran..ibarat ayah mengajar anak...tapi mungkin anak tu ramai sangat jiran dok bersimpati....tu yang jadi lagu tu...
Dah diberi peluang..buat rayuan..mohon maaf..tak mau..tunjuk hero...nak lawan juga...tak pa..lawanlah...tapi jangan mengajak orang lain tidak rasional seperti hampa...Puteri bukan marah..tapi geram...MB Kedah tak mau campur tangan urusan universiti...lagi pun KUIN TIDAK MENGGUNAKAN AUKU TETAPI MENJALANKAN TINDAKAN TATA TERTIB TERHADAP PENUNTUT MENGIKUT PERUNTUKAN AKTA IPTS (AKTA 555) BUKAN AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 (AUKU 1971) SEPERTI YANG DICANANG-CANANGKAN...

Lagi pun tidak ada kaitan MB tidak menghormati hasrat Pakatan Rakyat untuk memansuhkan AUKU sebab tindakan itu bukan mengikut akta AUKU.....Sepatutnya kita gembira bila seorang Menteri Besar yang ada kuasa di Kedah ini memberi ruang kepada pihak KUIN untuk menyelesaikan tanpa sedikit pun campur tangan..kita tak mau ada tangan-tangan ghaib dok pulas kepala-kepala tok rektor kat KUIN tu...pasai kita nak depa buat kerja rasa bebas tanpa tekanan atau desakan sesiapa...hat tu pun payah faham...

Puteri pun letih dengan puak-puak ni...akai tu nama je cerdik tapi sebenarnya dah dililit selulit..

Puteri doa agar akai Puteri waras sampai mati...aminnnnnn..

Warta Darul Aman

Arkib