Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Monday, January 16, 2012

Ini dia strategi terbaru blogger UMNO setelah kalah isu Salihiah

'Saiburi Sudin hantam Watan Bertinta (Kedah Times)'




Oleh: SAIBURI SUDIN

Ni bukan cerita baru tapi dah lama berlaku, di sebuah kedai mamak. Bersama kawan2 order makanan sampai hampir setengah jam, tak sampai2 jugak. Maka SS pun panggil tukang ambik order tadi tanya, nampak pucat muka dia macam bersalah, terus dia pergi ke dapur bertempik dengan tukang masak entah dalam bahasa urdu ke Tamil aku tak faham. cara lakonan tu nampak macam dia maki hamun tukang masak. Lepas tu dia patah balik mai dekat meja kami. "Ini orang tak boleh harap, sudah lama kita suruh buat dia buat lain orang punya dulu..," kata tukang ambil order tu yang berlagak macam tauke restoran.

Selesai makan SS pun pi siasat dari sumber yang lain, rupanya punca lambat tadi kerana tukang ambik order tu terlupa pass ke belakang. Jadi drama maki hamun tadi cuma nak tunjukkan kat pelanggan, kononnya 'pihak lain' yang bersalah. Akai jenuh depa ni.

SS nak kaitkan... apabila tiba-tiba saja blogger UMNO pro Mukhriz yang berjuang habis2an melawan keputusan Majlis Fatwa Negeri Kedah berhubung isu Madrasah Salihiah tiba-tiba menyerang UMNO dengan pelbagai kata nista. Apa yang berlaku sebenarnya mereka memang dah tewas teruk dalam isu tersebut, semua hujah mereka berjaya dipatahkan. Rakyat dah faham apa sebenarnya berlaku dan bersetuju berlaku istibdal terhadap tanah wakaf yang sekarang dijadikan pejabat insuran itu.

Jadinya untuk mengelak rakyat kata 'UMNO bodo' dan untuk mengelak besarnya kemaluan UMNO dalam isu tersebut maka mereka pun pura2 marahkan UMNO, jadi tak nampaklah kata UMNO bodoh sebab UMNO macam tak dak kena mengena dalam isu ini. Tapi seantero dunia taulah UMNOlah tok dalangnya yang dok biayai puak2 tu.

Piiiiiiiiirahhhhh toksah dok berlakonlah manusia yang menggelar dirinya WATAN BERTINTA. Hang tetap UMNO dan UMNO tu adalah hang. SS kenai sapa dia WB tu, tengok bahasa pun tau sangat dah... toksah dok menyamarlah, hudoh sangat aku tengok.

Warta Darul Aman

Arkib