Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Wednesday, January 18, 2012

Hapus tol boleh bankrap? Tak hapus tol pun...dah nak bankrap...

Oleh : PUTERI BULAN


UMNO Kedah khususnya serta UMNO Malaysia amnya terasa terpukul dan terhentak dengan sambutan yang diberikan oleh rakyat sempena Konvensyen Pakatan Rakyat ke 3 yang berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti 14 Jan yang lalu.

Terloncat Tok Bashah bila melihat lebih dari 60 ribu rakyat khususnya membanjiri padang stadium sempena Rapat Setia Rakyat semata-mata ingin mendengar amanat-amanat pimpinan atasan Pakatan Rakyat. Tok Bashah ternganga tak boleh nak kata apa...

"apa sudah jadi..?" " tara tu kita punya main isu Madrasah Salihiah..masih ramai lagi ka dok sokong depa"...mungkin itu yang terkeluar dari mulut Tok Bashah. Picit kepala menahan pening..panadol active plus pun tak tinggalkan kesan....peningnya semakin menjadi-jadi.

Tapi Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah mana boleh duduk diam...jawatan Menteri Besar Kedah jadi idaman...maka datanglah idea Tok Bashah yang kononnya baginya mantop dan berkesan untuk  mengelirukan rakyat..

"Tiada perkara baru...konvensyen PR disifatkan hanya untuk selamatkan kerajaan Pas"

Katanya kehadiran rakyat dilokasi tempat ceramah semakin berkurangan. Tok Bashah tersilap hantar spy...lain kali hantarlah spy yang cerdik matematik...tapi rasanya spy UMNO ni memang tak cerdik matematik kerana selalunya melaporkan angka yang salah...faham-fahamlahkan....So..Tok Bashah akan kecewa...merana..lara..gundah gulana...bila laporan yang diberi bercanggah dengan realiti....

Kenapa harus nak selamatkan PAS, yang tersepit sekarang bukan PAS tetapi UMNO....UMNO dah kehilangan taring..semua isu yang ditengahkan satu pun tak dapat membeli minda rakyat...isu duit peruntukan jalan...belum lagi YB Phahrolrazi jawab dalam sidang dun, Tok Det awai-awai lagi dah mengaku....isu Madrasah Salihiah....semuanya kantoi....yang syoknya bukan berlawan dengan kerajaan negeri tapi berlawan dengan Majlis Fatwa....tunggu je dimahkamah...senang bercakap dengan orang cerdik dimahkamah dari bercakap dengan orang pendek akal...tak tak reti-reti nak faham-faham.

Ahaaa....itu tak termasuk lagi..duit kerajaan negeri digunakan untuk membiayai program UMNO..wau...banyak lagi wooo....bro...tu Puteri nak kata tak ada sebab PAS yang gelabah tapi yang lebihnya UMNO yang ibarat seperti kucing nak beranak.

Nak bagitau Tok Bashah...kita orang kalau bermuktamar ke..konvensyen ke..ijtimak ke...kita orang lebih suka bincang masalah kita orang leee...cari penyelesaian...kuatkan aqidah perjuangan...sebarkan isu-isu yang berfakta..kuatkan iltizam..tiup semangat perjuangan..bukannya macam kau orang semua...tak ada kerja lain...asyik hantam Pakatan Rakyat...sampai menghantam peribadi pimpinan..mereka-reka cerita untuk halua telinga yang memang suka mendengar cerita bohong dan fitnah...yang teruknya sampai menghukum PAS ajaran sesat....ada yang sampai nak selak-selak kain...fuhhhh..!

Jangan nak samakan Pakatan Rakyat dengan UMNO...jauh sekali bukan setakat jauh panggang dari api..tapi jauhnya ibarat langit dan bumi....

Takut sangat dengan tawaran Pakatan Rakyat dalam buku jingga...kenapa..? terpukul..? ye..InsyaAllah sekiranya rakyat memilih Pakatan Rakyat untuk PR ke13 dan diizinkan Allah....kita kan hapuskan tol...tok Bashah kata..kalau hapus tol negara boleh bankrap....betul ke? sekarang ni tol tak dihapuskan pun...negara dah nak bankrap..bukan pasai negara tak ada duit tapi duit negara dah banyak disongklap UMNO....sehingga kewangan negara hampir nak kontang...rakyat jadi sasaran...dibebankan dengan kenaikan harga barang.

Silap fakta tok Bashah ni...perangkaan yang tak berasas....negeri Pakatan Rakyat mana yang UMNO tak kata...." tunggulah..boleh bertahan 3 bulan saja...."...tapi Kelantan telah bertahan lebih dari 20 tahun...Kedah hampir 4 tahun...satu sen pun tak minta hutang kerajaan pusat...turun cukai tanah...hilang pendapatan negeri..tak juga bankrap..namun bertambah pendapatan....hrmmmm...UMNO silap perangkaan..

Sudah-sudahlah Tok Bashah,,jangan juai ubat sengal otot yang tak mujarab....minyak angin yang tak berkesan...minyak urat yang tak menyengat....cukuplah....Puteri nak nasihat...laa ni pebetui masalah dalaman UMNO tu...tumpu kat ahli hampa.......hat yang PAS ke..Pakatan Rakyat ke..biaq kami yang jaga...

Satu lagi jangan dok susah hati tentang masa depan negara Malaysia...kalau Pakatan Rakyat yang memerintah tahulah kami nak buat macamana...pisau kami pegang...mentimun ditangan kami...tau la kami nak potong macamana...

Puteri : Susah hati tengok UMNO dah mula meroyan....

Warta Darul Aman

Arkib