Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Monday, January 30, 2012

Berhimpun atau berdakwah: Mana boleh kuatkan aqidah?


Oleh: Pengundi PAS Kedah

PAS tak pernah halang sesiapa yg nak pi program HIMPUN ka, program hempuk kat hapa pun....pi lah...masing2 ada kaki, PAS tak ada kuasa nk halang dan larang....cumanya, PAS mengeluarkan kenyataan tidak terlibat dgn program HIMPUN samada sebagai penganjur atau sebagai apa saja....masalah aqidah adalah masalah ummah dan semua ummat Islam wajib memperjuangkannya.....itu yg pertama

Yang keduanya....adakah dgn adanya HIMPUN, masalah kebejatan aqidah dapat diselesaikan dgn mudah??? kita tak bermasalah jika ianya sebagai satu kaedah, tetapi ianya bukan satu-satunya kaedah...PAS telah lama memperjuangkan supaya wujudnya satu undang-undang anti murtad....tetapi tidak diendahkan dan tidak disokong oleh segolongan manusia....

So, kalau dok himpun banyak2, adakah boleh menguatkan aqidah??? sekali lagi aku tegaskan bahawa PAS tak menghalang HIMPUN, tetapi semua ummat Islam perlu bersatu utk menggerakkan segala bentuk jama'ah memberikan pengajaran, pembelajaran dan peringatan.....bukan dok himpun sesama kita, tp kebejatan sebenar atau golongan sasaran kita tak kisahkan....
aku pernah jumpa jugak ada geng yg menyertai program bercorak Islam, tetapi bila tiba waktu solat....sampai habis waktu solat, segolongan manusia tu lebih suka bersorak dari menunaikan kewajipan atas diri sendiri.....

Dan program seperti HIMPUN ini, sepatutnya menatijahkan sesuatu resolusi dalam bentuk tindakan bersesuaian....tetapi setakat hari ini...tiada satu pun resolusi yg dibuat yg mengarahkan kpd tindakan bersesuaian bagi mengatasi masalah gejala murtad ini selain dari menyalahkan pihak lain.....

Sekali lagi aku tegaskan bahawa PAS tak pernah melarang atau menghalang....keputusan dibuat sebenarnya memberi satu hikmah yg patut dilihat oleh penganjur HIMPUN iaitu bagi menggalakkan lebih ramai menyertainya (jika bermanfaat) sbb dalam beberapa kes, jika PAS terlibat secara langsung, ianya akan dijadikan bahan politik murahan sedangkan isu aqidah adalah isu ummah....dan jika PAS terlibat secara aktif, kehadiran hanya sebelah pihak dan ramai org Islam dalam umno tidak akan turut serta dan tidak turut merasa bahawa ini adalah masalah ummah.....

Kebanyakan manusia pada zaman la ni sudah hilang sudut pandangan sebagaimana yg ada pada Saidina Abu Bakar as-Siddiq...pemikiran 'beyond the boundary'....sejarah menceritakan bagaimana Saidina Abu Bakar menangis setelah turunnya ayat al Quran terakhir dan seterusnya menyempurnakan Islam sedangkan pada masa yg sama, ummat Islam kebanyakannya berseronok sbb Islam telahpun sempurna....Abu Bakar menangis kerana beliau tahu Rasulullah bakal dijemput pulang oleh Allah Azzawajalla....

Orang zaman skrg ni lebih banyak terpengaruh dgn sains yg perlukan fakta disebut satu persatu dan perlu disuap....di tambah lagi pulak dgn tidak punya akhlak 'husnudzan' yg senantiasa bersangka baik sesama kita melainkan terhadapt perkara yg telah terang benderang salah lakunya...

Pakat pikiaq ambik lah....pada aku, mana2 manusia pun tidak rosak disebabkan perbuatan orang lain....tetapi disebabkan perbuatan diri sendiri....itulah yg Allah dah peringatkan kpd kita...

Warta Darul Aman

Arkib