Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Tuesday, October 4, 2011

Tok Mat Bashah lebih pandai dari Ketua Audit Negara???

"Saya akan dedahkan perbelanjaan di zaman BN di Sidang DUN" -Dato' Phahrolrazi

(Wartakedah.net)

ALOR SETAR - Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan, YB. Dato' Ir. Phahrolrazi Zawawi akan mendedahkan bagaimana duit peruntukan Pusat untuk penyelenggaran jalan digunakan di zaman BN.

Kenyataan tersebut dibuat ekoran dakwaan beberapa pemimpin pembangkang negeri ini, bahawa tindakan kerajaan negeri tidak menggunakan kesemua peruntukan Pusat berkaitan jalan sebagai satu penyelewengan.

"Apa yang dibuat kerajaan negeri sekarang dalam pengurusan kewangan adalah sama seperti yang dibuat oleh kerajaan lalu, kita tidak pernah mengeluarkan arahan baru kepada pegawai melainkan mengekalkan prosedur sedia ada.

"Semua duit yang diterima dimasukkan dalam akaun yang disatukan dan semua perbelanjaan dibuat mengikut Bajet yang telah diluluskan.

"Di masa BN dulu pun sama, duit (peruntukan) jalan Pusat tidak dibelanjakan semuanya, diguna untuk macam-macam urusan lain... tunggu saya akan dedahkan perbelanjaan di zaman BN dalam Sidang DUN nanti, jika ada soalan," ujarnya.

Menurut Phahrolrazi, pihak pembangkang sibuk mainkan isu peruntukan jalan bagi menggambarkan seolah-olah berlaku penyelewengan dalam pengurusan kewangan.

Walhal, katanya, pihak Ketua Audit Negara telah meluluskan atau memperakui bahawa tidak berlaku penyelewengan dalam pengurusan kewangan negeri.

"Takkan kita nak kata Dato' Bashah (ADUN Bakar Bata) lebih pandai dari Ketua Audit Negara?" soal beliau sinis.

Mengenai 'Tabung Amanah' yang disebut oleh YAB Menteri Besar dalam Sidang DUN lalu, Phahrolrazi menjelaskan bahawa setiap lebihan dari peruntukan asal perlu dimasukkan dalam kira-kira kewangan yang disebut akaun amanah (bukan Tabung Amanah). Ia menjadi prosedur kewangan sejak 2003 lagi.

Berhubung isu rungutan orang ramai mengenai sebahagian jalan negeri yang berlopak disebabkan musim hujan, Phahrolrazi mengakui berlaku masalah dalam pemilihan kontraktor membaiki jalan. Sebelum ini, katanya, penyelenggaraan jalan dibuat oleh Bina Kuari dan Seri Temin namun terdapat cadangan baru supaya ia diurus oleh GLC dan kontraktor lain dalam tempoh yang agak lama bagi memantapkan perancangan jangka panjang.

Sementara perkara tersebut belum dimuktamadkan, beliau telah meminta Pengarah JKR Negeri supaya mengarahkan JKR Daerah beri secara langsung projek penyelenggaraan jalan kepada mana-mana kontraktor.

"Mereka boleh berbuat demikian bagi projek yang bernilai kurang RM500 ribu, tidak ada masalah kerana bajet tersebut memang sedia ada... InsyaAllah  rungutan orang ramai berhubung ketidaksempurnaan jalan khususnya di musim hujan ini akan diselesaikan segera," katanya.

Terakhir Dikemaskini (Selasa, 04 Oktober 2011 12:22)

Warta Darul Aman

Arkib