Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Monday, October 10, 2011

Najib tak faham, kata presiden PAS

Oleh: Harakahdaily


Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan Perdana Menteri sebagai "tidak faham" konsep Negara Berkebajikan yang mahu dibawa PAS apabila mendakwa BN sudah lama melaksanakannya.

Sebagai menjawab 'sindiran' Datuk Seri Najib Razak sewaktu membentangkan Bajet 2012 Jumaat lalu, Presiden PAS itu menjelaskan, tiga asas utama Negara Berkebajikan hampir tidak dilakukan kerajaan BN selama lebih 54 tahun memerintah.

"Pertamanya, Negara Berkebajikan mestilah ditadbir oleh pemerintah yang berintegriti atau beriman dan juga rakyat yang berintegriti. Dengan membazirkan wang rakyat untuk membayar bil air dan elektrik rumah Perdana Menteri berjumlah jutaan ringgit tidaklah menggambarkan pemimpin yang berintegriti.

"Keduanya, Negara Berkebajikan mestilah bercirikan kerajaan yang wajib memberi pertolongan kepada rakyat yang memerlukan secara adil.

"Ketiga, negara berkebajikan menekankan ciri kepimpinan yang beriman, berakhlak, menepati janji dan adil untuk semua. Nampaknya Perdana Menteri yang membentangkan belanjawan ini sebagai Menteri Kewangan gagal sama sekali memahami apa yang dimaksudkan oleh PAS sebagai Negara Berkebajikan," katanya.

Warta Darul Aman

Arkib