Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Thursday, October 6, 2011

Kementerian Pelajaran Harus Bersikap Rasional....

Oleh : PUTERI BULAN


Ibu bapa mana yang tidak mahu anak-anak berjaya. Tujuan anak-anak dihantar ke sekolah, selain ingin melihat anak-anak membesar menjadi orang yang berilmu dan bepengetahuan, ibu bapa juga mengharapkan anak-anak mereka lulus dalam peperiksaan yang disediakan.

Mereka secara adatnya lebih maklum keadaan anak mereka dan selalunya mereka tidak mengharapkan sesuatu dari anak-anak mereka melebihi kemampuan anak-anak mereka sendiri. Secara umumnya mereka tidak kisah bagaimana keputusan yang bakal diperolehi oleh anak-anak mereka tetapi yang penting anak-anak mereka dapat menduduki peperiksaan seperti yang ditetapkan.

Selain ibu bapa, guru-guru juga memainkan peranan memastikan kejayaan anak-anak didik mereka selain memberi motovasi, galakan dan perangsang. Tapi lain pula yang berlaku kepada 5 orang pelajar di sebuah sekolah di Baling. Mereka ini tidak dibenarkan menduduki peperiksaan (UPSR), mungkin alasannya pelajar-pelajar ini tergolong dalam pelajar lemah dan tidak ada harapan lulus dan kemungkinan juga keputusan peperiksaan mereka ini boleh mengakibatkan peratus pencapaian sekolah tersebut jatuh.

Pihak pendidikan negeri bersama-sama guru-guru sekolah berkenaan telah berjumpa dengan waris pelajar-pelajar tersebut dan menasihati agar anak-anak mereka dikecualikan dari mengambil peperiksaan terbabit.

Tetapi amat malang sekali berlaku sebaliknya, tiba-tiba keluar kenyataan akhbar yang menyifatkan 5 pelajar tersebut dihalang oleh ibu bapa dari menduduki peperiksaan tersebut.

Salah seorang waris pelajar terbabit, Md Isa Che Lah, melahirkan rasa kesal terhadap pihak  yang memutar belitkan kenyataan sebenar. Sebenarnya, kedatangan mereka ke rumah untuk menghalang pelajar-pelajar terbabit menduduki peperiksaan tetapi dalam kenyataan akhbar tersebut mengatakan kedatangan mereka untuk menasihati agar anak-anak mereka agar mengambil peperiksaan.

Kenyataan itu menimbulkan ketidak puas hati kelima-lima waris berkenaan dan mendakwa kenyataan tersebut ADALAH SALAH DAN TIDAK BENAR SAMA SEKALI. Mereka mengharapkan pimpinan tertinggi kementerian dapat tampil untuk mendapatkan penjelasan sahih dari mereka.

Walau pun kementerian pelajaran bersetuju mengeluarkan sijil menggunakan keputusan percubaan tetapi kisah yang berlaku ini adalah tidak wajar sama sekali.Setiap pelajar mempunyai hak untuk menduduki peperiksaan tidak kira samada mereka pelajar cerdik atau sebaliknya. Kenapa perlu mereka ini diekploitasikan semata-mata inginkan keputusan peperiksaan sesebuah sekolah baik dan meningkat.

Seharusnya, guru-guru perlu mengambil cabaran bila berhadapan dengan pelajar-pelajar lemah sebegini. Mereka pelu diberi semangat dan motivasi serta perangsang untuk berjaya. Jangan pula guru-guru yang diharapkan untuk membina generasi masa hadapan bersikap pilih kasih dalam menyampaikan tunjuk ajar mereka. Kita tidak tahu, mungkin pelajar-pelajar yang lemah ini suatu hari nanti boleh menjadi aset terbaik untuk negara.

Kita menyeru kepada guru-guru agar kembali kepada peranan mereka yang sebenar dan jangan biarkan dipergunakan oleh golongan  yang bertujuan untuk menjaga nama serta imej individu-individu tertentu. Ingatlah, amanah yang dipikul amat berat sekali dan bukan semestinya kejayaan dalam peperiksaan sahaja sudah boleh dinobatkan kejayaan dalam hidup dan diiktiraf oleh negara.

Seharusnya, institusi pendidikan ini tidak seharusnya diheret kekancah politik kotor segolongan manusia yang hanya inginnya nama dan pujian walhalnya pada hakikatnya hampas dan kosong. Jangan babitkan guru-guru dalam memenuhi impian merangkul kekayaan, menimbah harta, membina empayar kemasyuran kerana mereka merupakan insan-insan mulia yang ditangan mereka terletaknya kejayaan masa depan.

Amat dikesali apabila terdapatnya guru-guru besar, pengetua-pengetua sekolah yang digunakan oleh parti politik tertentu untuk menekan guru-guru bawahan serta memaksa dalam erti kata " rela dalam paksa" bertindak atau bekerja untuk kepentingan parti berkenaan.

Pegangan parti adalah milik individu dan mereka berhak memilih dan menyokong siapa yang mereka suka tetapi jangan sesekali menggunakan institusi milik awam ini sebagai penyambung talian hayat parti berkenaan.

Hormatilah guru...jangan kerana hendak menjaga imej Menteri Kementerian Pelajaran, guru-guru diekploitasikan dan hilang kepercayaan waris terhadap mereka.

Warta Darul Aman

Arkib