Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Monday, September 12, 2011

Nik Aziz: Profesor tidur terlalu lama

Oleh: Malaysiakini


Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan sejarahawan Profesor Datuk Dr Zainal Kling sbagai "tidur terlalu lama" apabila mendakwa Tanah Melayu tidak pernah dijajah.

NONE"Tadi ditanya oleh wartawan apa pandangan saya tentang beberapa orang profesor yang mendakwa Tanah Melayu tidak pernah dijajah. 

"Saya katakan, orang ini tidur dalam gua begitu lama lalu sedar dan berkata-kata dalam keadaan mengigau, barangkali akibat berada dalam usus penjajah begitu lama," katanya kepada pemberita sejurus tiba di lapangan terbang Kota Baharu daripada Kuala Lumpur.

Walaupun tidak menyebut secara langsung nama Zainal, kenyataan itu jelas merujuk kepada kenyataan pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu dalam sidang media di Putrajaya Jumaat lalu.

Warta Darul Aman

Arkib