Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Tuesday, September 13, 2011

Najib yang bentang cukai 6% pra bayar.. lepas tu purak-purak bantah


Oleh: Harakahdaily
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa berpura-pura lupa atau sememangnya tidak tahu apa-apa dengan cukai enam peratus cukai pra bayar kerana ia telah dimasukkan dalam Bajet 2010 lalu oleh beliau.

"Pihak Telco hanya melaksanakan Bajet yang telah dibentangkan oleh Najib menjelang tahun 2010 lalu dan telah diluluskan oleh kerajaan.

"Kini apabila mereka hanya ingin melaksanakannya, Najib menyalahkan Telco pula, seolah-olah beliau pemimpin yang prihatin menjelang pilihan raya ini," kata Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) , Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP).
Bagi Dr Dzulkefly, Najib jelas lupa bahawa cukai hanya boleh dikuatkuasakan oleh kerajaan bukannya mana-mana pihak swasta termasuk Telco.
Baru-baru ini, syarikat telekomunikai di Malaysia telah mengumumkan akan mengenakan cukai kerajaan sebanyak enam peratus dalam semua jualan kad pra bayarnya mulai 15 September ini.

Ini bermakna, setiap RM10 nilai kad pra bayar, harganya akan menjadi RM10.60 di mana 60 sen adalah cukai yang dikenakan kerajaan melalui Telco kepada penggunanya.

Jumlah 60 sen setiap RM10 ini akan dibayar oleh Telco kepada kerajaan.
Kerajaan dijangka akan memperolehi pendapatan sebanyak RM750 juta hasil melalui cukai ini untuk tahun ini sahaja.
Namun begitu, jumlah ini tidak sebanyak mana jika dibandingkan dengan pendapatan yang akan diperolehi kerajaan jika menarik balik subsidi kepada enam Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) iaitu sebanyak RM17 bilion setahun.
"Persoalan ini membuat kita tertanya-tanya, siapa sebenarnya yang ditakuti dan disayangi oleh Najib?" soal Dr Dzulkefly yang juga AJK PAS Pusat dan anggota Parlimen Kuala Selangor.

Warta Darul Aman

Arkib