Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Tuesday, September 13, 2011

Komunis dulu jahat... Najib selar tindakan bapanya sendiri?



Oleh: Tok Non

Bila media-media pecacai UMCO tuduh Mat Sabu sokong komunis kerana angkat Mat Indera sebagai hero, maka Harakah siarkan di muka depan kerjasama antara UMNO dengan Pari Komunis China tahun 2009. UMCO terkantoi... dalam tercungap-cungap dok cari jawapan, maka Najib dapat idea. lalu berkatalah Najib di hadapan rakyat pada suatu majlis hari raya: Tak ada masalah UMNO kerjasama dengan parti komunis China sebab komunis sekarang ni baik, bukan macam komunis zaman dulu.

Komunis yang jahat tu bila? Bila lagi kalau bukan zaman Tunku Abdul Rahman dan zaman Tun Razak. Di antara dua zaman PM itu pulak, zaman Tun Razaklah yang paling banyak cerita kekejaman komunis di Malaysia. Maksud Najib, kalau masa tu UMNO pi buat hubungan dengan China Komunis memang tak patutlah.. sebab masa tu komunis jahat!!!

Tapi hang lupa ka Najib.. yang bapak hang pi jumpa pengasas parti komunis China Mao Tze Dung dan Ketua Kerajaan Komunis China masa tu Chow En Lai di Beijing, bukan ka masa tu komunis tengah jahat? Jadi tindakan arwah bapak hang dulu tu tak betoilaa?

Ha, hang nak kata apa lagi. Pakat-pakat tengoklah rakyat noo UMCO ni sejak tercetus isu yang dibangkitkan Mat Sabu... UMCO makin merapu meraban tak tentu hala, Malaysia tak pernah dijajah dan komunis dah ada yang baik dan jahat. Finin finin...

Warta Darul Aman

Arkib