Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Sunday, September 25, 2011

Duit seguni....

OLEH : ENGGANG QADQHA

Semalam tengok Majalah3, tengok duit depa di niagakan macam meniaga seluaq bundle di pasar malam. Duit depa kena bawak dengan kereta surung, jumlahnya terlalu banyak sehingga tak sampai wartawan tu nak peluk duit tu (bukan takat pegang), nak buh poket jauh sekali sebab quantiti duit tu banyak. Walaupun quantiti dut banyak, tapi nilainya sedikit,
Kita pernah mengalami masalah yang sama dulu masa zaman Jepun di masa guna duit pokok pisang.
Nak beli barang kena bawak duit dengan guni.
Yang menariknya, rakyatnya hidup dengan aman. Rakyatnya tidak mengeluh walaupun terpaksa mengeluarkan jumlah duit yang banyak untuk membeli keperluan seharian.
Dengan hanya bertani secara kecil-kecilan mereka mampu menyara kehidupan. Ini kerana kos sara hidup dinegara tersebut rendah.
Dengan pendapatan aktiviti pertanian yang cukup kecil, mereka mampu makan apa yang mereka nak makan.
Di Malaysia... Adakah kita mampu makan apa yang kita nak makan?
Kemampuan ini bergantung kepada perbelanjaan keseluruhan individu tersebut.
Rakyat akan hilang rasa sejahtera jika terpaksa bergelut sepanjang masa dengan urusan dunia hingga meninggalkan urusan masyarakat dan akhirat.
Apabila terlau sibuk dengan urusan lain sehingga keseimbangan tanggungjawab sudah tidak seimbang maka akan berlaku lah keciciran anak2 dan keruntuhan moral.
Apabila ada kekangan untuk menari pendapatan tambahan, cara cepat adalah dengan merompak, menyamun, mencuri, makan rasuah dan sampai membunuh.
Ini lah yang terjadi sekarang di Malaysia dan negeri2 maju yg lain.
Dalam majalah3 semalam, peniaga wang di pasar malam tu tinggai barang kemas dan duit atas meja tepi jalan begitu saja bila azan berkumanangan.
Duk tunggu jugak depa nak sebut dak tentang undang2 yang depa guna sehingga tidak ada org teringin nak curi.
Bila kah malaysia boleh jadi macamtu?

Warta Darul Aman

Arkib