Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Sunday, September 25, 2011

BN kena selaraskan serangan, sindir Pakatan

Oleh: Harakahdaily


Barisan Nasional (BN) disarankan agar menyelaraskan serangan mereka terhadap PAS khasnya timbalan presidennya, Mohamad Sabu.

Ini kerana, cara serangan yang dibuat parti dalam BN sekarang terlalu jauh bezanya dan tidak ada penyelarasan langsung.

"Umno tuduh Mat Sabu komunis, MCA pula tuduh Mat Sabu Khomeini ..beza banyak tu!" kata Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail. (gambar)

"BN kenalah selaraskan serangan!" sindir Saifudin dalam Twitternya.

Sejak akhir-akhir ini, tembakan BN terhadap PAS umpama peluru penabur sahaja tanpa sebarang strategi dan penyelarasan antara satu sama lain.

Penyataan Mohamad Sabu adalah Khomeini di masa depan disiarkan dalam rungan editorial akhbar rasmi MCA, The Guardian.

Sedangkan sebelum itu, Umno telah menuduh Mohamad Sabu sebagai Komunis dan membuat lebih 1,000 laporan polis ke atasnya.

Laporan akhbar milik MCA, The Star, yang biasanya menjadi 'meriam' utama BN juga sangat kontras dengan apa berlalu sebenarnya.

Hari ini, The Star di muka depan melaporkan perbezaan pendapat dalam Pakatan Rakyat tentang hudud tetapi akhbar itu tidak menyatakan di muka depannya pendapat MCA yang sangat berbeza dengan Umno.

Bahkan, Presiden MCA, Datuk Dr Chua Soi Lek berkata, MCA akan meninggal BN jika Umno memutuskan untuk melaksanakan hudud.

Beliau menegaskan demikian dalam satu sidang akhbar selepas mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan persidangan menjadikan negara berpendapatan tinggi satu realiti, di Subang Jaya hari ini.

"Apa yang jelas ialah MCA menentang hudud," katanya dengan tegas.

Sementara itu, Timbalan Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn berkata, parti itu menolak usaha melaksanakan hudud atau mana-mana undang-undang teokratik kerana ia bertentangan dengan struktur asas persekutuan dan perlembagaan.

Chang juga berkata, kerjasama politik Gerakan dengan Umno tidak dapat dipertahankan dan mungkin berakhir jika hasrat melaksanakan Hudud diteruskan.

Warta Darul Aman

Arkib