Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Thursday, September 15, 2011

Barisan calon UMNO Kedah..bakal ranapkan BN sekali lagi

Oleh: Mat Kering Bakaq Bata

MK dapat senarai calon UMNO yang akan mewakili BN untuk PRU ke 13 nanti. Tapi senarai itu belum lagi muktamad, ia cuma senarai yang dihantar oleh Perhubungan Umno Kedah kepada Tok Najib.

Setelah meneliti nama-nama tersebut.. ffuhhh MK tarik nafas lega. Senarai yang ada itu bisa menyemarakkan kemarahan pejuang-pejuang UMNO yang sedang berkuasa di bahagian. Mana tidaknya.. kaedah pemilihan yang dibuat ialah meletakkan 'orang ketiga' bagi mengelakkan sabotaj. Contohnya A dan B berebut jadi calon, dua-dua ada pengikut masing-masing. Untuk elak mana calon yang tak naik sabotaj musuh politiknya maka diambillah calon C yang tidak terbabit dengan pertikaian.

Antara yang tersenarai ialah orang yang 'tiada nama', calon import (orang kuat NGO), tiada kelulusan dan yang terpenting ialah orang Tok Bashah. MK tak berhasrat nak boh senarai calon tu kat sini... bahaya, nanti depa tukaq kalau dengar respond ketelaluan dari rakyat. So, biar depa kekalkan sampai bubar Dewan nanti.

Sebagai orang Aloq Setaq.. MK tak rasa apa-apa bila Mat Bashah calonkan dirinya sendiri untuk Bakar Bata tetapi teruja bila Mat Bashah calonkan Kak Pah di Alor Mengkudu... cantikkkkk!!!!

Warta Darul Aman

Arkib