Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Friday, July 1, 2011

Resmi orang PAS: makin ditekan makin bersemangat!



Oleh: Mat Kering Bakaq Bata

Sebulan dua lalu MK bersembang dengan rakan-rakan dalam PAS, depa bimbang dengan mood ahli-ahli PAS akhir-akhir ni. Buat ceramah pun tak berapa orang yang hadir, buat program pun kehadiran tak penuh. Bagi MK tak betul untuk ukur semangat ahli PAS dengan kehadiran ceramah tapi kalau program ceramah pun mereka tak hadir, macam mana nak dapat maklumat sebab PAS belum kuasai media kerana demokrasi di Malaysia masih koman sepana.

"Orang PAS sebenarnya akan bersemangat bila ditekan," kata seorang rakan MK.

Malam tadi Pemuda Alor Setar buat ceramah dekat markaz kawasan berhampiran tol Selatan, Alor Setar. Penceramahnya Ustaz Nik Abduh Nik Abd Aziz (Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat) dan Ustaz Ahmad Yahya (Ketua Pemuda PAS Kedah). YB Dr. Ismail Salleh bagi ucapan aluan.

Apa yang mengejutkan MK ialah tempat ceramah penuh sesak hingga melimpah ke atas jalan. Bukan saja orang PAS, orang bukan PAS termasuk UMNO pun turut hadir, cuma orang UMNO duduk di tempat2 gelap... takpa yang penting depa sudi mai dengar.

Rupanya betul kata kawan MK, orang PAS dan penyokong pembangkang makin kena tekan makin bersemangat! Bila ada pemimpin pembangkang ditangkap, hari-hari media BN hentam PAS, ugutan demi ugutan dibuat terhadap rakyat yang mahu hadiri himpunan bersih - maka kehadiran ke program PAS pun makin memberangsangkan.

MK dapat maklumat program ceramah yang dibuat di mana-mana pun sekarang ini mendapat sambutan di luar dugaan, macam era reformasi 1998.

Target penganjur Bersih 2.0 nak himpun 300 ribu orang tapi MK yakin dengan perkembangan terkini ia boleh mencecah lebih setengah juta. Sebabnya hari-hari media main isu Bersih, ugut sana sini, tangkap sana sini, buar report polis, ancam nak bakar pejabat PR, ancam dengan Silat, ancam nak halang melalui Perkasa dan Patriot. Semua ini membakar semangat ahli-ahli PAS.

Rakyat hari ni bukan macam zaman Tun Razak dulu boleh diugut dan ditakut-takutkan oleh polis. Hari ini orang reti hak asasi, hak untuk berhimpun dan bersuara, lawyer pun berlambak-lambak jadi segala 'gempaq kelin' BN tu hanya memakan diri sendiri di samping akan menyemarakkan lagi kebangkitan rakyat.

MK nak ucap terima kasih kepada media-media BN dan semua pihak yang mengugut, mengancam dan cuba menakut-nakutkan PR kerana itulah cara terbaik dan berkesan untuk bakar semangat pembangkang terutama ahli PAS.

Warta Darul Aman

Arkib