Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Tuesday, July 5, 2011

Woi BN, ni bukan tahun 60an hangpa nak tipu orang hidup-hidup





BODOH sungguh kira-kira puak Bersih ni, dah la depa siapkan bahan letupan dan parang nak bunuh orang kat himpunan Bersih, depa pi letak pulak baju kuning Bersih kat situ. Ihh Ihh bodoh dan jahat sungguh puak-puak Bersih ni. Rakyat percaya tak cerita ni? "Pecaya, pecaya, pecaya.. kami bodoh kami pecaya kami bodoh kami pecaya.. polis habag, tv surat khabag habag semua kami pecaya aih pecaya pecaya pecaya.. kami bodoh pasai apa kami tak pecaya. Orang bodoh macam kami mesti telan bulat-bulat apa depa habag...pecaya pecaya pecaya."

Ni nak habag bagi kat puak-puak yang rancang cerita bodoh tu, ni bukan tahun 60an orang telan bulat-bulat cerita kartun hangpa. Orang yang pikiag pakai pungkok saja yang akan pecaya... kah kah kah kih kih kih..gelak gulin gulin..

Mai pakat baca cerita rajalawak ni...

PETALING JAYA: Polis semalam berjaya membongkar sejumlah senjata yang disembunyikan, termasuk parang dan bom petrol, yang dipercayai akan digunakan pada perhimpunan yang dirancang pada 9 Julai oleh Bersih 2.0, Pemuda Umno dan Perkasa.

Sumber berkata persembunyian rahsia ini ditemui di kawasan hutan di belakang sebuah kuil di Batu 12 Jalan Gombak Lama, Gombak, oleh seorang lelaki asli sebelum memaklumkan kepada polis.

"Kami menemui lima buah beg dan dua beg sampah. Terdapat 44 kemeja-T dengan logo 'Bersih' di dalam dua beg, 20 bilah parang, 36 Molotov koktel, 16 pemetik api, dan beratus-ratus bebola logam yang dipercayai digunakan sebagai peluru lastik," kata sumber polis berkata.

"Kami percaya pihak-pihak tertentu telah merancang untuk menggunakannya untuk mewujudkan kekacauan pada hari Sabtu ini," kata sumber itu.

Warta Darul Aman

Arkib