Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Monday, July 4, 2011

Awat perkuda polis untuk sekat kemaraan rakyat lawan BN?

Oleh: SERIKANDI MUJAHIDAH


Lagi-lagi polis jadi pak yek UMNO/BN. Macam tindakan gila-gila. Ceramah bersih, pakai baju bersih, edar baju bersih dan yang jual baju bersih semua disapu bersih.
Bila difikir, atas akta apa mereka buat tindakan begini..sampai pakai baju bersih kena tangkap. Mereka tak fikir ke…dengan tindakan begini membuatkan orang lebih benci dan meluat dengan pasukan keselamatan ni yang lebih kepada menjaga keselamatan UMNO/BN dari keselamatan awam. Walhalnya kalau atas keselamatan awam, pemakaian atau penjualan baju bersih tidak sedikit pun mengganggu keselamatan awam malah jauh sekali mengharu-harakan keadaan.

Semua ini dilakukan demi semata-mata nak jaga Tok Najib dan kuncu-kuncu UMNO/BN dari terus dimalukan oleh penyokong dan himpunan Bersih 2.0 ini.

Setiap hari di television siang malam pagi petang, tak jemu-jemu memberi amaran kepada rakyat jangan terlibat dengan himpunan ‘haram’ bersih sehingga mereka lupa apa sebenarnya tanggungjawab mereka kepada negara. Serikandi respect dengan polis ni sebab mereka menjaga keamanan negara tapi janganlah maruah polis boleh diratah semau-maunya oleh UMNO/BN. Jangan jadi pak yek terhormat mereka sehingga rakyat membenci polis serupa seperti membenci UMNO/BN.

Seharusnya polis lebih bersikap terbuka dan telus dalam soal hak awam. Sepatutnya tugas polis memantau dan mempastikan perhimpunan tersebut berjalan dengan aman tanpa kacau bilau bukan menambah seperiuk dua membuat kenyataan melambangkan perhimpunan bersih 2.0 ini akan mencetuskan hura hara. Kenapa harus senada dan seirama dengan salakan UMNO/BN dan kuncu-kuncu yang kita telah ketahui hidup mereka seperti telah ditebuk hidung dan telinga oleh UMNO.

Serikandi sedih tugas polis yang mulia menjadi jahanam dengan kesediaan menjaga perut-perut buncit pemimpin UMNO/BN yang busuk tu. Sedangkan mereka mempunyai agenda tersendiri, menggembar-gemburkan sesuatu isu dengan harapan menutup isu-isu yang lain.

Isu yang belum selesai sudah bertahun-tahun lamanya yang melibatkan kematian orang awam dan anggota polis di Memali masih belum selesai. Kenapa harus tertangguh? Jawapannya kerana tiada bukti untuk membabitkan kematian anggota polis itu berpunca dari tangan orang kampung. Tapi isu-isu begini ditutup rapat. Tindakan polis menembak dan membunuh orang-orang kampung tidak dihebahkan oleh media massa malah menutup cerita ini dengan melabelkan mereka yang syahid itu sebagai pengganas.

Inilah senario politik tanahairku yang tercinta ini…apakah mampu kita bertahan dengan sikap double standard yang diamalkan oleh mereka, yang hanya menjaga sebahagian yang lain tetapi menindas semau-mau golongan yang inginkan keadilan.

Ingatlah…sejarah Islam tidak lupa menceritakan kepada kita akan kezaliman Raja Namrud, Raja Firaun, Abu Lahab, Hamman dan lain-lain yang jelas dan terang telah dihukum Allah akan kezaliman mereka. Fikirkanlah..berapa ramai pengikut mereka berbanding dengan pengikut Islam pada masa itu tetapi yang hak tetap hak, yang batil tetap batil. Kezaliman dan penyelewengan tidak akan dapat ditudung dengan daun sehelai cuma ianya masa akan dimusnahkan oleh Allah dan digantikan dengan tangan-tangan yang beriman dan adil menerajui bumiNya ini.

Apa-apa pun kejadian yang berlaku ini jelas menunjukkan kepada kita kelemahan pemerintah sekarang yang mengambil jalan mudah menyekat kemaraan rakyat.

KALAU TAK MAU TAKUT KAT MANUSIA…TAKUTLAH KEPADA ALLAH.

Warta Darul Aman

Arkib