Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Monday, July 11, 2011

Pengalaman Tok Non kena tahan nak pi Bersih

Oleh: Tok Non

Pagi 9 Julai - Dari Shah Alam Tok Non singgah di KL Central, janji dengan rakan-rakan lain dari Kedah nak jumpa kat situ sebelum menghala ke pusat bandaraya KL. Mundar mandir pi mai jumpa geng Pemuda Alor Setag dan Pokok Sena, nampak macam kutu brahak mana sebab semua tak pakai lebai. Jumpa Haji Zul Pengarah Urusetia Penerangan, bawak beg plastik pakai selipar takdak gaya nak pi demo pakai pulak baju merah mcm geng Patriot.

TN naik ke tingkat atas tepi Mc Donald ada kerusi banyak jadi lepak kat situ sementara tunggu kawan-kawan yang berjanji nak jumpa kat situ.

Di keliling-kelalang TN tengok banyak gerombolan polis beruniform dan tidak beruniform sibuk dok minta IC kat orang ramai yang melepak kat situ. Lepas polis pegang IC dan geledah beg, depa diarah ke hadapan pintu utama KL Central.

TN pun mengeluarkan kamera cap ayam mengambil gambar mereka yang digeledah polis tu (gambar kanan). Tengah dok sedap ambik gambag, terasa bahu ditepuk dari belakang. "Encik minta IC," sergah seorang lelaki berpakaian biasa. Tersirap darah TN, dok ingat dalam hati.. kena dah aku. Tapi TN tetap buat cooool. Sekejap saja polis beruniform dan tak beruniform, lelaki dan perempuan dah berada keliling TN.

"Encik tolong ikut kami pergi depan sana.." arah polis yang pegang IC aku, muka dia nampak samseng iras-iras Azeez Rahim Pemuda UMNO tu. Kulit gelap dan badan dia pun lebih kurang tuu lah.

Peliknya aku pun langsung tak tanya, aku salah apa, hangpa nak tahan pasai apa.. Dok agak dah suruh naik trak. Trak hampir penuh diisi, tiba-tiba nama aku dipanggil oleh penghuni trak. Rupanya salah sorang rakan yang aku tunggu tadi dah ada dalam trak. Kami sama-sama gelak terkekeh-kekeh. "Encik boleh tolong diam!" jerkah sorang polis yang mengawal trak.

Pendekkan cerita, kami pun dibawa melancong sekitar ibukota. takdak sapa pun antara kami yang diangkut tanya polis nak bawa ke mana, ikut saja. Lebihkurang pukul 10.30 pagi kami sampai ke PULAPOL. Ke situ rupanya kami dibawa.. ingat tadi masuk lokap dah. Ramainya yang ditahan di situ, satu demi satu trak dibawa masuk ke situ. Semua kelihatan ceria bila sampai kat situ, maklumlah jumpa geng ramai-ramai.

Taklah rasa macam kena tahan pun, makan semua depa sedia siap buffet lagi bukan makan nasi bungkus. Sambil-sambil merisik kat budak-budak polis yang dok ambik maklumat kami, dia kata makanan disedia untuk 4 ribu orang, maknanya target depa nak tangkap 4 ribu orang la tu. TN pun tak reti nak agak berapa ramai yang terkumpul kat situ tapi hingga petang TN anggarkan dua ribu orang ada kot.

Yang terasa teruja sangat ialah 90 peratus dari 'tahanan politik' tu adalah anak-anak muda. Inilah kebangkitan anak muda yang menakutkan BN, sedangkan BN cuma tinggal puak tua-tua merokoh yang masih dok sokong depa. Tak taulah nak cerita apa lagi pengalaman dok kat PULAPOL tu sebab semuanya ok, cuma badan saja terkurung tak buleh pi demo. Dok lawan hantag sms kat member-member kat luag sana.

Pendekkan cerita pukul 8 malam kurang lebih kami pun dibebaskan. Wah ramai geng dah menunggu kat luaq. Semalaman tu buka ladtop barulah tau perkembangan demo Bersih 2.0 yang berjalan pada 9 Julai tu. Walaupun ditahan, tapi kami adalah sebahagian dari beratus ribu rakyat yang turun ke KL untuk menuntut sebuah pilihanraya yang adil lagi bersih. Tahniah diri sendiri, masuk tahanan demi demokrasi yang adil.

Warta Darul Aman

Arkib