Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Saturday, July 2, 2011

Pembunuh Altantuya awat tak pi Bersih 2.0....?

Oleh: Lang Tok Teh

Himpunan BERSIH 2.0 semakin hampir, Ketua polis Negara Tan Sri Ismail yang berjaya dipecacaikan oleh UMNO Be End masih terkapai kelemasan mencari ramuan untuk menghalang himpunan tersebut, ugut sudah, ancam sudah, gempag sudah, tangkap pun sudah, yang di lokap pun sudah, rakyat langsung tidak menghirau segala apa yang di kata oleh seorang Ketua Polis Negara.

Malah rakyat dilihat semakin teruja untuk ke perhimpunan tersebut. Apabila ketua polis meracau dengan pelbagai ancaman untuk menghalang hak rakyat untuk berhimpun seperti yang di benar oleh perlembagaan, Tan Sri Ismail di lihat seperti tidak cukup merit untuk  menjawat jawatan ketua polis Negara. Ketua polis Negara tak payahlah terlalu melampau mengikut pungkoq pemimpin UMNO.

Gaji ketua polis negara dan semua anggota polis dibayar dari hasil cukai yang dikutip dari rakyat, bukan duit mak bapak pemimpin UMNO.

Tak payahlah nak provok dengan samakan BERSIH 2.0 dengan komunis. Kononnya  BERSIH 2.0 nak hidup kembali ideology komunis. Siapa yang bela komunis? Tahukah Tan Sri Ismail siapa yang memberi tanah serta rumah kepada komunis di Malaysia, ada yang di antara anggota polis cacat semasa bertempur dengan polis, kerusi roda pun terpaksa beli sendiri, ada diantara mereka anggota polis  yang cacat semasa menentang komunis terbiar sehingga akhir hayat.

Peserta BERSIH 2.0 yang berbaju kuning polis tak payah susah-susah nak jaga, serah saja pada unit amal, yang paling penting  polis jagalah pemuda UMNO dengan Perkasam. Sebab mereka memang pandai berlakun dan bersandiwara, lebih lagi sekiranya lensa RTM atau TV3 menghala kepada mereka.

Tidak mustahil Ibrahim Ali akan mengupah beberapa orang mat gian memakai baju kuning supaya membelasah beliau, kemudian sandiwara tersebut dijadi berita utama untuk 40 hari 40 malam. Khairy Jamaludin pun mungkin akan mencederakan diri sendiri, bagi membenarkan sms ugutan yang ditermanya.

Peserta BERSIH 2.0 tidak perlu bimbang, tidak akan berlaku haru hara, tidak akan berlaku apa-apa, dan jangan gentar, BERSIH 2.0 juga tidak akan dihadiri oleh pembunuh Altantunya, bebas dari C4.

Warta Darul Aman

Arkib