Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Tuesday, July 5, 2011

Najib dan 2 perempuan


Hanya dengan sekali pukulan ceduk oleh BERSIH 2.0, Najib tumpas pusingan awal dengan pukulan KO.

Titah yang di Pertuan Agong, cukup bijaksana dalam membuat penilaian. Situasi ini sama seperti pengadil tinju terpaksa menghenti perlawanan disebabkan lawan sudah dilihat tidak mampu menerus perlawanan, walaupun dilihat masih menggengam penumbuk, namum kakinya sudak tidak stabil untuk berdiri, cuma dia dapat berdiri kerana dipapah oleh pembantunya.

Najib sebenarnya kalau tidak dipapah oleh PDRM dia sudah tersepuk ke lantai gelanggang. Penonton, mengharapkan perlawanan tersebut sebolehnya berlarutan sehingga ke pusingan 9, berbalaoi dengan harga tiket, Najib sudah tahu dia akan tewas pada pertarungan tersebut, kerana tidak mahu menanggung malu besar dia mengarahkan agensi yang terlibat menutup dan membuat sekatan jalan bagi menghalang penyokong Ambiga THE BERSIH2.0 datang menyaksikan perlawanan. Bukan sekadar sekatan , malah Tshirt penyokong Ambiga turut dirampas dengan secara ganas.

Orang ramai sudah pun bercakap dan membuat post moterm tentang kekalahan najib ditangan seorang perempuan, selama ini bukanlah khabar angin yang mengatakan najib memang mudah tewas dengan perempuan, Merah padam muka Najib bila orang mula tahu dia bukan saja tewas digelanggang dengan seorang perempuan, tapi dirumah dia juga selalu tewas dengan perempuan.

Warta Darul Aman

Arkib