Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Tuesday, July 12, 2011

Mana dia para pendekar upahan UMCO nak halang Bersih haritu?

Oleh: Tok Senapi

Menjelang Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 ketua-ketua puak pendekar yang jadi penjilat UMCO bukan main sombong dan angkuh lagi. Kalau Bersih buat juga himpunan depa nak halang dan nak tenyeh hidup2 peserta Bersih dengan ilmu kepahlawanan pendekar taik kucing depa.



Presiden Perkasa Ibrahim Ali dengan geng songkok tinggi depa bukan main lagi ugutan demi ugutan terhadap Bersih. Mahaguru Omardin Din yang tak mati walaupun ditanam hidup-hidup (entah ilmu sesat apa, tak dak dalam ajaran Islam) ugut Bersih kalau buat juga himpunan maka bertemu buku dan ruas. Datuk Ali Rostrum dengan beribu-ribu ahli silat lincah (kununnya) akan turut menghalang Bersih. Pemuda UMCO usah diulas lagilah, dengan kegagahan Azeez Rahim dan Naina Merican buat statement macam nak telan mentah-mentah peserta Bersih.

Tau-tau bila mai 9 Julai puak-puak tu lesap entah ke mana? Cuma Azeez dan Naina cerdik sikit upah geng Bangla, yang mungkin sedara mara terdekat mereka maka adalah dalam seratus orang Pemuda Pakturot UMNO berbaju merah. Pendekar-pendekar lain habis cabut lari.

Khabarnya geng Perkasa cuba juga nak masuk kat area Puduraya tapi bila lihat ratus ribu punya kehadiran geng Bersih maka telog depa pun seghot habih masuk ke dalam.

Tok Senapi percaya sekog dua geng Silat Gayong dan Silat Lincah ada mai tapi tak berani tonjol diri bila tengok lautan manusia penyokong Bersih. Sebenarnya yang jadi tak ketahuan kedua-dua pertubuhan silat tu ialah ketua atas tu saja tapi ahli-ahli bawahan.. kalau kat Kedah ni TS tau majoriti depa adalah ahli dan penyokong PAS.

Bagi mengubat kekecewaan akibat kegagalan puak pendekar upahan UMCO itu beraksi maka Najib dengan penuh keangkuhan beritahu, UMCO pun kalau nak himpun ahlinya saja 3 juta.

TS nak cabar Najib tak payahlah tiga juta banyak sangat, 300 ribu pun ramai… himpun 30 ribu ahli UMCO cukuplah dengan syarat tak payah pakai upah mcm Bersih buat, tak payah angkut bas free, buat sekatan merata tempat. Kalau UMCO mampu himpun 30 ribu TS cakap banyak tak mau, tapi berani nak potong ***** sekali lagi depan Najib.

Sudahlah Najib oii, masa untuk hang berundog sudah tiba. Majoriti peserta Bersih haritu adalah anak-anak muda, tak percaya kalu tengok balik video Bersih yang bersepah-sepah kat internet. Orang tua-tua merogon yang sebaya dengan Doktot Mahadet saja yang masih setia dengan UMCO pun. Padam depa padamlah UMCO…

Warta Darul Aman

Arkib